“Klu wife yg mkn, bertingkat2 ingatannya, benda 100 thn lps pun ungkit”- Netizen

Tanggal 29 Januari yang lalu, anak sulung kepada pasangan selebriti Noor Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris telah menyambut ulang tahunnya yang pertama. Ketika majlis sambutan hari ulang tahun berkenaan, ada dakwaan yang mengesahkan kehamilan Neelofa apabila selebriti ini kerap mengusap perutnya semasa majlis berkenaan. Namun sehingga ke hari ini Neelofa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Desas desus mengenai kehamilan kedua pengacara Noor Neelofa bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu ekoran beliau berkerusi roda ketika lawatan kerja ke Brunei.

Sebagai rekod, bekas pengacara Meletop ini telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, usahawan jelita tersebut telah memuatnaik satu video untuk mempromosikan produk menguatkan daya ingatan.

Video tersebut di rakamkan bersama suaminya PU Riz. Sejak akhir akhir ini video promosi produk yang di lakonkan oleh pasangan suami isteri ini sering mendapat perhatian netizen yang tertarik dengan lakonan kreatif dan gaya bersahaja mereka berdua.

Untuk iklan promosi produk yang terbaru ini, PU Riz melakonkan watak seorang suami yang terlupa mengenai kuliah yang di pelaj4ri di dalam kelas.

Menariknya PU Riz juga turut melakonkan watak seorang Ustaz yang merupakan tenaga pengajar di kelas sedang memberikan kuliah namun dalam bentuk “rap”.

Gelagat PU Riz yang bersahaja itu sangat menghiburkan para pengikut instagram dan juga para netizen yang menonton iklan promosi produk tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen turut meningg4lkan komen yang mengusik gelagat PU Riz dalam video berkenaan.

Netizen juga berkata PU Riz semakin lawak sejak mendirikan rumah tangga. Menyentuh mengenai kebaikan menguatkan daya ingatan bagi produk yang di iklankan oleh pasangan suami isteri ini, seorang individu berkata, jika para isteri yang mengambil produk tersebut besar kemungkinan, daya ingatan para isteri akan bertambah.

Malahan perkara yang berlaku 100 tahun lalu mungkin akan di ungkit. Komen individu tersebut mendapat tanda suka daripada Netizen. Berikut di kongsikan komen berkenaan.

Semakin menjadi ya gelagat PU Riz sejak dah jadi abah Bilal ni. Kuat menyakat isteri dah sekarang abah Bilal ni. Buat video iklan pun kelakar je semua. Terbaik abah Bilal.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!