“Maaf sis tergelak part hingus tu”-Netizen

Berborak tentang melancong, sudah pasti ramai yang pernah pergi melancong sana sini. Banyak kenangan yang pernah kita alami, kenangan manis mahupun pahit, semuan tu kita anggap sebagai kenangan belaka, haruslah ditelan semuanya dan anggap itu adalah kenangan yang sangat indah. Korang semua suka travel tak ?

Ada dimuat naik video Uyaina Arsha yang pergi travel di luar negara. Seronok sangat tengok beliau main skate board di padang pasir. Yelah, dekat negara kita mana ada padang pasir, siapa je tak excited bila jumpa padang pasir.

Walaupun hanya padang pasir, tapi banyak aktiviti yang mampu kita semua lakukan di sana. Seperti Uyaina, beliau melakukan aktiviti meluncur papan. Tapi, seperti ada yang tak kena tengok pada aktiviti yang dia lakukan tu.

Beliau ada memuat naik moment ketika mana beliau melakukan aktiviti tersebut. Walapun warganet teruja dengan moment dan keberanian beliau, tetapi ada yang lawak dan lucu ketilka beliau melakukan aktiviti tersebut.

Ketika sedang meluncur papan, tiba-tiba saja pasir masuk ke dalam hidung dan menerk4m muka beliau ketika sedang meluncur turun ke bawah. Kalau korang nak tahu apa yang jadi, korang semua tengok apa video yang beliau upload.

Habis keluar hingus meleleh dekat hidung Uyaina. Sudah pasti semua yang tengok akan tergelak terbahak-bahak akan moment yang tak dijangka-jangka tersebut. Aduhai sis, kenapalah sampai macam tu sekali.

Uyaina sempat menjerit-jerit kepada rakan nya itu katanya matanya masuk pasir. Yelah, kalau dah nama pun padang pasir, memang masuk pasir lah mata tu kalau tak tak spek mata dan penutup hidung. Lucu betul aksi beliau.

Rata-rata netizen semua nya terhibur dengan gelagat Uyaina tu, semua duk gelak tengok hingus Uyaina meleleh ketika turun ke bawah. Tak sangka ya sebegitu rupa sekali bila main papan luncur tu, memang mengasyikkan.

Siapa di sini pernah alami situasi yang sama ? Bermain di padang pasir sampai meleleh-leleh hingus sebab hidung masuk pasir ? Lucu kan moment spontan sebegitu rupa. Aduhai, lepas sampai padang pasir, make sure semua equipment lengkap tau.

Sumber : Ig Uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!