“Kesian tengok anak dia kena seret” – Netizen

Tak habis-habis adegan sensasi usahawan yang lapar betul mahu digelar penyanyi no 1 negara ini. Terbaharu kecoh perihal dirinya menuntut bayaran ganti rugi dek pasu berharga di kediamannya didakwa dipecahkan rakan artis. Datuk Seri Alif Syukri menularkan di medsosnya perihal itu sejak kelmarin menuntut pelakon, Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari bertanggungjawab.

Lebih mengejutkan, Alif memberi masa hanya 48 jam kepada mereka berdua untuk membayar ganti rugi dan sekiranya gagal mahu bertegas menghantar surat peguam. Bersungguh nampaknya beliau.

Terdahulu, kelmarin dalam video dikongsikan Alif, beliau tampak berang apabila pihak berkenaan datang membuat rakaman di rumahnya dikatakan tak tahu menjaga harta bendanya hingga rosak, selain menyifatkan ia bukan berharga ‘murah pasar malam’.

Alif terlihat marah teruk apabila barang rumahnya berupa pasu pecah didakwa dirosakkan ketika sesi rakaman dan ia ‘disenyapkan’ dan mendakwa ada yang ‘kurang ajar’ dan tak mahu mengaku kesalahan.

Hari ni di medsosnya, tampil bela diri, Yana juga berkongsikan video hari kejadian daripada pihaknya pula. Ceritanya dia berada di rumah Alif bagi memenuhi pelawaan stesen TV menjadi pengacara beraya di rumah selebriti.

Jelas Yana dalam status hantarannya, tangannya juga lvka dan berd4rah namun tak pasti bagaimana ia berlaku kerana mendakwa tak memegang pasu berkenaan. Yana meminta netizen menilai sendiri videonya dan menegaskan bukan dia menjatvhkan pasu itu.

Begitupun, apa menarik perhatian netizen daripada video dikongsikan Yana, adalah reaksi ‘bagai nak gila’ Alif melihat pasunya pecah. Bukan kata Yana yang terlvka tak langsung ditanya keadaannya.

Bahkan lebih menjengkelkan apabila anak dara suntinya, Qadejah El Zahra dikatakan turut berd4rah terkena pasu pecah itu langsung macam tak dihiraukan Alif. Sebaliknya terus mengamvk kerana pasu pecahnya itu.

Hampir bertvmbuk dengan Fadzil selepas berlawan mulut, Alif yang kelihatan marah terus menarik Qadejah biarpun anak itu kelihatan kesak1tan untuk beredar dari tempat kejadian. Tak kurang netizen mengecam reaksinya itu.

“S0mbong dan angkuh betul cara dia, bercakap dgn org siap meninggikan hidung..”, “Anak dia dh lvka berd4rah, yg dia risau pasu dia. Settle kan la anak tu dlu.. Adoi..”,  “Kesian tgk anak dia kena seret”,

“Kalau marketing langsung xmasuk akal buat mcm tu..kalau x marketing pun bg I alip sukri sgat2 rude..”. Itu antara komen netizen. Macam Yana cakap, korang nilailah sendiri…

Sumber : IG Yana Samsudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!