“Ratu semakin cantik, ingatkan Selena Gomez”- Netizen

Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon terkenal di Malaysia. Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjuun ke layar perak. Nama beliau sangat popular menerusi filem KL Menjerit, Zombie Kampung Pisang dan Rock Oo.

Bakat lakonan pemilik nama Que Haidar ini begitu menyerlah apabila beliau memenangi pelbagai anugerah dalam negara. Beliau pernah memenangi Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular pada 2008 dan 2009. Manakala di Festival Filem Malaysia pula beliau pernah di anugerahkan Pelakon Harapan Lelaki malahan dua kali di calonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Menyingkap sisi peribadi kehidupan pelakon lelaki popular ini Que menamatkan zaman bujang bersama koreografer Linda Jasmine. Linda di kenali sebagai guru tari menerusi rancangan Akademi Fantasia. Que kemudiannya membuat kepuutusan untuk bersara daripada bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar yang kini berusia 14 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar yang berusia 11 tahun. Selain itu, dia juga mempunyai seorang anak tiri lelaki, Qalif Khan.

Setelah berkahwin, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat beliau. Walaubagaimanapun beliau masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway.

Sesekali Que masih membuat penampilan ekslusif menerusi drama namun beliau mengakui lebih selesa melakonkan watak-watak yang dekat dengan kehidupan manusia serta masyarakat berbanding menjadi ‘hero’ dalam karya aksi, seram dan percintaan.

Terbaru, menerusi perkongsian terbaru pelakon lelaki ini di Instagram, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan beliau dan anaknya Tengku Ratu Haidar sedang mengadakan sesi penggambaran baju raya untuk jenama Qierahman.

Gelagat ayah dan anak perempuan itu saling tidak ubah seperti pasangan model iklan professional yang sedang memperagakan pakaian.

Kejelitaan anak pelakon Que Haidar itu iaitu Tengku Ratu Haidar begitu menyerlah dan menangkap perhatian warga maya apatah lagi pada usia 14 tahun remaja berkenaan mempunyai raut wajah yang jelita serta mempunyai tubuh yang tinggi lampai persis model terkenal.

Rata- rata netizen menulis komen yang sangat posiitf dan berkata bahawa Tengku Haidar bukan sekadar cantik namun turut menyifatkan rupa paras puteri kesayangan Que Haidar itu memang jenis jelita klasik.

Tidak kurang juga yang berkata bahawa wajah Tengku Ratu Haidar itu merupakan wajah Que Haidar versi perempuan dan mempunyai aura wajah orang inggeris 1990-an. Namun ada juga netizen yang berkata Ratu lebih mirip wajah ibunya Linda Jasmine.

Que Haidar juga di puji warganet kerana wajahnya yang awet muda. Bertuah sungguh Que Haidar mempunyai anak perempuan yang cantik dan tinggi lampai. Dah tak payah upah model untuk ambil model lain. Boleh guna bakat anak sendiri untuk jadi model.

Sumber: ig the_haidars

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!