“Sanggup pakai kasut mak dia”- Netizen

Rozita Abu Baakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan ialah seorang pelakon dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique.

Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta ini sememangnya seorang wanita yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala. Walaupun sudah mencecah usia 50an, Rozita Che Wan sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara.

Pelakon wanita jelita yang pernah menjadi teraju utama drama Dia Isteriku ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon sitkom Oh My English iaitu Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga sebelum ini juga pernah mendirikan rumahtangga dan mendedahkan pernah berkahwin selama 10 tahun sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

Kehidupan Che Ta yang glamor sentiasa mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan kehadiran anak perempuan yang sangat comel iaitu Aisyah Dhia Rana yang sering mengundang rasa geram dalam kalangan netizen dek kerana gelagat kanak- kanak berkenaan yang saling tidak tumpah seperti mana ibunya Che Ta yang gemar bergaya.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 9 tahun.

Aisyah sangat pandai bergaya kini sudah pun menjadi model cilik beberapa jenama popular. Itulah yang dinamakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tak siapa tahu. Memang rezeki Aisyah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Ta berkongsikan satu video yang memaparkan beliau bersama anaknya Aisyah mengunjungi bazaar Ramadhan. Che Ta memakai baju kurung dan tudung bawal serba ringkas dan sopan untuk ke bazaar Ramadhan, bagaimanapun berlainan pula dengan anak daranya Aisyah.

Penampilan Aisyah yang gemar bergaya itu sememangnya menjadi sorotan utama netizen. Apatah lagi gaya yang di bawa kanak- kanak berkenaan untuk ke bazaar ramadhan sangat menarik perhatian.

Aisyah menyarung kasut tumit tinggi kepunyaan ibunya serta memakai kaca mata berwarna hitam. Selain itu, Aisyah juga memakai handbag berwarna hitam bagi melengkapkan gayanya.

 

Ternyata gaya kanak- kanak berkenaan untuk ke bazaar Ramadhan tak ubah seperti ke pusat beli belah ternama di Kuala Lumpur. Menurut Che Ta anaknya itu tidak mahu memakai selipar dan sanggup memakai kasut tumit tinggi kepunyaan Che Ta asalkan bertumit tinggi.

Gelagat Aisyah ketika memakai dan membetulkan kaca mata hitam juga membuat netizen terhibur kerana ketika itu Aisyah berkata pancaran cahaya matahari menyebabkan matanya silau. Berikut di kongsikan komen – komen netizen terhadap gelagat Aisyah berkenaan.

Saiz kaki Aisyah yang agak kecil berbanding saiz kasut tumit tinggi ibunya juga menambahkan lagi kecomelan gelagat kanak- kanak berkenaan.

Rata- rata netizen merasa geram melihat gelagat lucu Aisyah tersebut. Alahai Aisyah gaya tak ubah macam diva. Maintain gaya diva walau hanya ke bazaar Ramadhan.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!