“Makin hensem bila p0t0ng rambut, haa baru la anak Aiman”- Netizen

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pelakon Zahirah Mc Wilson, sejak melahirkan anak lelaki sulungnya Isaac Raees, nama beliau agak tenggelam dan sangat jarang muncul di kaca televisyen apatah lagi dengan kemunculan para pelakon baru yang muncul bagaikan cendawan saat ini untuk mewarnai dunia lakonan tanah air.

Bagaimanapun setelah hampir dua tahun memperlahankan kerjaya seninya untuk memberikan fokus membesarkan anaknya, ramai peminat yang sudah mula merindui lakonan Zahirah.  Kini, Zahirah kembali aktif semula berlakon dan juga di lantik menjadi duta pelbagai produk serta wakil kepada jenama antarabangsa.

Sebagai menghargai sokongan peminat yang mahu memgikuti perkembangan anak sulung beliau dan Aiman, Zahirah juga mewujudkan akaun Instagram untuk Isaac Raees. Apa juga perkembangan terkini mengenai anaknya akan di muatnaik dan di kongsikan bersama peminat menerusi Instagram berkenaan.

Perkongsian Zahirah dan Aiman mengenai kehidupan bersama anak sulung mereka itu sentiasa menarik perhatian netizen yang tertarik dengan kecomelan wajah Isaac Raees yang memiliki lesung pipit di pipinya. Sehingga kini, akaun Instagram Isaac Raees memiliki sehingga 136 ribu orang pengikut setia.

Menerusi satu perkongsian baru di Instagram Zahirah, pelakon jelita itu berkongsi video membawa anaknya untuk memotong rambut di sebuah salon rambut bersempena hari raya puasa yang bakal tiba tidak lama lagi.

Video yang di paparkan itu menunjukkan ragam dan gelagat anak lelakinya, Isaac Raes yang manja di panggil Ijack oleh para peminat beliau sedang ‘merungut’ dan tidak henti berceloteh terhadap pekerja salon berkenaan yang sedang memotong dan mendandan rambut Ijack.

Gelagat Ijack berkenaan mencuit hati netizen namun begitu pada usianya, kanak- kanak seperti Ijack wajar di puji kerana memberikan kerjasama yang sangat baik terhadap jurugaya rambut tersebut ketika sesi memotong dan mendandan rambut sedang di lakukan.

Reaksi wajah Zahirah yang menitiskan air mata ketika jurugaya sedang memotong rambut Ijack juga menjadi sorotan di dalam video berkenaan. Zahirah di lihat mengalirkan air mata sebak ketika memandang wajah anaknya itu yang berpenampilan baru dengan menggayakan rambut yang lebih kemas dan sesuai dengan usia.

Kongsi Zahirah lagi, sesi memotong rambut di salon tersebut merupakan pengalaman pertama buat anaknya. Sudah pasti sesi berkenaan juga memberikan kesan kepada beliau sebagai ibu yang pertama kali melihat perubahan wajah anaknya selepas memotong rambut anaknya itu buat kali pertama.

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang memuji wajah Ijack yang kelihatan lebih ‘handsome’ dan kemas selepas memotong rambut. Lesung pipit Ijack juga membuatkan wajah kanak- kanak berkenaan kelihatan lebih manis dan comel. Berikut di kongsikan komen netizen.

Bagus la Ijack ni, langsung tak menangis atau meragam dan duduk diam sahaja semasa pendandan memegang rambut untuk di p0t0ng. Mommy pun cepat betul tersentuh bila tengok perubahan wajah anak yang kelihatan sudah membesar berbanding sebelum ini. Rambut panjang comel, rambut pendek kemas dan ‘handsome’ sangat Ijack.

Sebagai rekod, Zahirah sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu di kurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Sumber: ig zahirah mcwilson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

May you like :

How Do Employee Retention Credits Contribute to The Survival of Your Business?

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!