“Awk tingginya kasut, tak gayat ke” – Uyaina Arshad

Pemilik nama Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira memulakan kerjaya seni setelah menyertai rancangan reality Akademi Fantasia. Anak kelahiran Ranau, Sabah ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara Akademi Fantasia musim kelapan. Adira juga membuat kepuutusan untuk berhijrah dan mulai bertudung pada Ogos 2014.

Adira banyak menyanyikan lagu- lagu yang menjadi OST drama dan filem sehingga beliau di gelar sebagai Ratu Ost. Adira juga di kenali sebagai pasangan duet kepada Hafiz Suip dan banyak merakamkan lagu bersama.

Menyingkap kehidupan peribadi penyanyi ini, Adira merupakan isteri kedua kepada Datuk Red dan merupakan madu kepada Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih di kenali sebagai Datin Red di media sosialnya.

Adira mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama Datuk Red, Adira di kurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayoub.

Sejak bergelar ibu, Adira lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada aktiviti anak- anak dan keluarganya berbanding menjayakan jemputan serta terlibat dengan aktiviti seni.

Namun begitu walaupun beliau mengurangkan aktiviti seni demi memberikan tumpuan buat anak- anak, ada sahaja perkongsian terbaru beliau di media sosial bersama anak- anak untuk mengubati kerinduan para peminat.

Sudah agak lama tidak melihat Adira membuat persembahan nyanyian mahupun menyertai mana mana pertandingan ataupun Anugerah Juara Lagu kerana memperlahankan aktiviti seni demi menjaga anak- anak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi tersebut, Adira berkongsi video yang memaparkan dirinya hadir ke majlis yang di anjurkan oleh rakan artis Mawar Rashid.

Kehadiran beliau ke majlis itu untuk memeriahkan lagi acara yang di anjurkan oleh sahabatnya itu di samping menghiburkan para tetamu yang hadir.

Penampilan beliau bagaimanapun mencuri perhatian apabila menyarung kasut yang agak tinggi berwarna hijau menyebabkan ramai yang gerun melihat beliau berjalan dengan kasut tumit tinggi berkenaan.

Kasut yang di pakai oleh Adira itu di tegur oleh pelakon dan pengacara Uyaina Arshad bertanyakan sekiranya Adira tidak merasa gayat menyarung kasut tumit tinggi berkenaan sambil membuat persembahan.

Adira yang memberikan maklum balas kepada komen Uyaina itu berkata beliau sememangnya merasa gayat dan cara beliau berjalan juga agak kekok di sebabkan ketinggian kasut tersebut yang menyebabkan beliau merasa gayat dan sukar berjalan dengan stabil. Berikut di kongsikan komen tersebut.

Menerusi hantaran Adira di instagran, pakaian dan kasut yang di sarung oleh penyanyi ini sentiasa meraih perhatian netizen. Penampilan beliau yang cantik dan kemas ketika merakamkan apa jua konten di media sosial haruslah di puji.

Apatah lagi apabila tampil dengan penuh elegen ketika membuat persembahan, tentunya gaya beliau menjadi inspirasi buat para peminatnya.

Sumber: Instagram adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!