“Siap tekan fokus tak tahan tu, bijak betul” – Zulin Aziz

Umum mengetahui bahawa rumah tangga penyanyi nombor satu negara Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di panggil Tokti ini pernah di uji apabila beliau lambat memperolehi zuriat bersama suaminya Dato Seri Khalid Mohd Jiwa. Bagaimanapun kelahiran zuriat pertama beliau pada 19 Mac 2018 iaitu Siti Aafiyah menjadi pengahiran kepada penantian beliau selama ini.

Wajah comel dan gelagat lucu Siti Aafiyah sering mencuri perhatian para peminat Tokti. Tokti juga pernah menghadiahkan lagu berjudul ‘comel si pipi merah’ buat Aafiyah sempena kelahiran zuriat sulung itu. Malahan panggilan Tokti buat Aafiyah iaitu Aafiyah anak ibu juga tular dalam kalangan peminat.

Tahun lalu Aafiyah sudah memulakan persekolahan di peringkat tadika. Tokti meluahkan rasa teruja dan sebak apabila melihat anak sulungnya itu sudah memasuki alam persekolahan.

Naluri seorang ibu, Tokti juga hampir mengalirkan air mata kerana merasa terharu melihat Aafiyah terlalu seronok di hantar kesekolah. Tokti juga memohon doa agar urusan dan perjalanan Aafiyah untuk menuntut ilmu di permudahkan.

Fasa membesarkan anak pastinya melalui suka dan duka. Baru- baru ini Aafiyah terpaksa menjalani pemb3dahan kecil kerana mengalami kem4langan ketika terj4tuh daripada skuter. Kem4langan yang menimpa Aafiyah itu membuatkan Tokti terpaksa membatalkan jemputan persembahan saat akhir.

Namun penyanyi itu melahiran rasa syukur dan berterima kasih kepada doktor selepas proses pemb3dahan selesai dengan baik dan lancar.

Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi Shiha Zikir, penyanyi berkenaan berkongsi satu video yang memaparkan anak perempuan Tokti itu sedang leka merakamkan persembahan beliau bersama kakaknya Ieda Zikir di atas pentas.  Menurut Shiha, beliau ketika itu sedang menyanyikan lagu raya terbaru berjudul Jom Balik Raya.

Bagaimanapun gelagat Aafiyah ketika merakamkan persembahan berkenaan menggunakan telefon bimbitnya menjadi sorotan apabila kanak- kanak berusia 5 tahun itu sudah pandai menggunakan teknik ‘fokus’ pada kamera telefon bimbit sewaktu merakam.

Menjengah keruangan komen, netizen memuji Aafiyah sebagai kanak- kanak yang sangat cerdik. Rata- rata netizen juga kagum dengan teknik dan kemahiran Aafiyah merakam menggunakan telefon bimbit meskipun baru berusia 5 tahun.

Netizen juga memuji kecomelan Aafiyah yang ketika itu turut melayani kanak- kanak lain yang merupakan peminatnya dan yang ingin merakamkan gambar kenangan bersamanya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Dato Khalid Mohd Jiwa atau mesra di panggil Dato K pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup berdua, pasangan itu telah di kurniakan dua orang zuriat iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 5 tahun dan Muhammad Afwa yang berusia hampir 2 tahun.

Sumber: Instagram shihazikir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!