“Afwa nak gi Indonesia ye, alolo omey sgt”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini sentiasa menjadi kesukaan ramai. Mana taknya, mereka semua ni comel-comel belaka. Buat jelah apa pun, sudah pasti akan menarik perhatian orang-orang ramai. Nak-nak pula yang umurnya awal satu dua tahun, memang seronok sangatlah ajak bergurau dan ajak menyakat.

Siapa saja tak kenal anak-beranak kepada Tokti dan Dato K, iaitu Aafiyah dan juga Afwa. Rasanya semua sudah cukup mengenali anak-beranak mereka semua. Anak ibu ayah yang comel-comel sangat, sangat pandai dan sopan santun. Lemah lembut lagi tu.

Tiap kali dimuat naik video anak-beranak mereka ni, sudah pasti akan mendapat banyak tanda suka dan juga komen dari para netizen sekalian. Comel sangat, suka tengok gelagat mereka yang bersahaja,dan juga gelak ketawa mereka.

Video yang dimuat naik iaitu Afwa yang sedang berseronok main-main dalam bagasi. Seronok sangat ye dik oi. Apa yang seronok yang seronok sangat pun taktahu, padahal nya beg ibu kesayangan yang nak dibawa pergi ke Indonesia nanti, sibuk je nak main dekat beg tu ye.

Banyak lagi mainan lain, nak juga main bagasi ibu tu ye. Ni mesti sebab taknak kasi ibu pergi Indonesia, nak suruh ibu stay dekat rumah je. Alahai, pandai eh dia buat taktik taknak kasi ibu pergi pergi jauh-jauh. Sebabtulah dia main dengan bagasi ibu dia tu.

Sememangnya gelagat Afwa itu mendapat perhatian dari para netizen. Siapa je tak geram tengok gelagat dan telatah anak yang comel macam tu kan. Kalau dekat ni dah lama kita cubit-cubit saja Afwa tu, nasib baik lah awak duduk jauh adik oi.

Pipi nya pun gebu, lagilah membuatkan para netizen geram. Perangai nya pun sama naik lucu dan mencuit hati semua orang. Mana lah tak ramai yang suka kan Afwa ni. Seronok tau tengok anak-anak kecil yang banyak akal macam ni, mencuit hati.

Aafiyah kakanya pun boleh tahan lucu juga perangai nya. Dua beradik ni sama naik sajalah perangai dan telatah yang dilakukan. Yelah, dah nama pun adik-beradik, mestilah kena sama kan. Muka pun ikut muka ibu ayah kesayangan nya tu. Penghibur hati ayah bonda.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Dek kerana telatah dan gelagat mereka yang sangat mencuit hati tulah, membuatkan kita semua turut terhibur tanpa kita sedari, kadang tu telatah mereka memang unexpected.Betul tak ?

Sumber : Ig Muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!