“Gimik ke, takkan kahwin cerrai buat main” – Netizen

Sehari dua ni dah jadi trend pulak retis berpisah dengan pasangan. Naik risau dibuatnya… Jangan masyarakat dok ikut sama sudah, maklumlah kadang ramai saja yang mengidolakn golongan ini. Terbaharu yang ni pun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kapsyen selebriti ini di media sosialnya menimbulkan tanda tanya netizen. Benarkah bagai dicoret wahai Zulin Aziz?

Sejam lalu Zulin menulis membayangkan mungkin sampai di sini saja kisahnya dengan pasangan, apabila menggunakan ganti nama ‘kami’. Tiada persefahaman katanya dan berharap moga yang baik2 pada masa akan datang.

Zulin juga membayangkan yang masa akan merawat segalanya sebelum mengucapkan terima kasih atas segalanya dan juga diakhiri dengan emoji hati berwarna merah yang retak dua. Turut disertakan foto perkahwinannya.

 

Mana tak ‘risau’ netizen jadinya. Bahkan tak kurang merasakan yang coretan Zulin itu sekadar gurauan, selain ramai juga seperti tak percaya. Setakat lebih sejam lalu, Zulin masih belum respons apa-apa di ruangan komen pertanyaan netizen itu.

“Benda2 mcm ni jgn dibuat gurau… Takut jadi betul2. Harap semuanya ok”, “Hari2 update somi dok request nak mkn tu.. nk mkn ni.. tau2 jd gini plak”, “Jgnlah buat content guna ayat camni. Nak sgt gamaknya”, “Ckp yg baik2 takut nanti jd doa”.

“Kdg status mcm ni mengundang fitnah pulak”, “Tolong jgn buat netizen mcm orang bod0h. Aku paling benci prank cam lahan4t ni”, “Harap hanya merajuk biasa. Adat dlm perkahwinan”, “Laa ada citer baru lagi… Sesak nafas”. “Gimik ke? Takkan kawin cer4i buat main”.

 

Itu antara komen netizen. Ramai rasa tak percaya jika benar Zulin nak berpisah tak kurang pula rasa ia suatu prank atau marketing. Jika marketing harap tidaklah sampai di tahap begini. Apatah lagi Zulin dan pasangan agak baharu mendirikan rumah tangga.

Zulin, 34, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 36, pada Februari tahun lalu begitupun belum dikurniakan cahaya mata. Harapnya tiadalah benda yang tidak-tidak dan semuanya yg baik-baik untuk mereka berdua.

Jika akhir-akhir ini umpama musim berpisah antara pasangan suami isteri yang dikenali disebabkan oleh peny0ndol atau orang ketiga, moga dalam k3s Zulin ini tak begitulah jika melihat gambaran di status hantarannya ini.

Apa pun kita doakan saja yang baik-baik buat Zulin dan Farhan ya… Raya pun hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Kalau ada yang ‘retak’ harap ia dapatlah diperbaiki dengan mengambil berkat di bukan mulia ini.

Sumber : Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!