“Artis nombor 1 tak hafal lagu sendiri ke” – Netizen

Dikerumuni orang ramai ketika sedang menyanyi secara langsung di suatu lokasi di samping menari dengan gayanya tersendiri diiringi beberapa yang lain, usahawan sensasi ini seperti sebelumnya mahu membuktikan bahawa dirinya penyanyi nombor satu negara. Lihat saj4lah gelagat, Datuk Seri Alif Syukri ini. Tampak seakan dia bersama satu kumpulan busking, ceria sungguh Alif membuat persembahan.

Jelas kedengaran suara sebenarnya. Sekali dengar memang macam bunyi suara dalam video muziknya yang menyanyi dengan ‘baju renang’ bersamping diiringi penari-penari ‘cantik’ dengan busana yang sama tu…

Pejamkan mata anda dan hayatilah suara nyanyiannya itu. Kemudian anda lihat dan kiralah sendiri jumlah penonton dalam video dikongsikan Alif di IG ini ya. Pasti anda sendiri sudah tahu jawapannya.”Mcm mana merdu tak? No maiming no autotune”, tanya Alif di kapsyen hantarannya.

Agak mencuit hati kerana bukan sahaja netizen, rakan artis turut men1nggalkan respons di ruangan komen. Antaranya pelawak, Zizan Razak yang mempersoalkan jika Alif penyanyi no 1, siapa pula yang kedua?

Kata Zizan mesti ramai yang mahu tahu justeru mengandaikan yang dirinya mewakilkan soalan itu daripada netizen. Komennya itu tak kurang mendapat sambutan netizen yang bersetuju.

Kata pelakon Wak Doyok pula dengan nada bersahaja, artis no 1 mesti membuat persembahan di Albert Hall London. Ha… ni mesti ramai tahu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menyanyi di situ.

“Artis no 1 tak hafal lirik lagu sendiri ke?”, “DIA NI BERCAKAP PUN SUMBANG”, “Kenapa xahafal lirik ke dato ke takut lupa steps baju renang”, “Cheap publicity. Paksa org claim dia artist no 1, cerminkan diri sendiri pleaseee..”.

“terima kasih dato ..hilang dah pening dgn loya sy.. akhir sy muntahhh juga tq dato”, “Ni baru lah betul artis no 1. Meriah ramai peminat.”, “KEYAKINANNYA SUNGGUH PEKHAT SEKALI”, “Saye anggap dato sekedar menghiburkan org sekeliling”.

Itu antara komen netizen. Tak tahu nak gelak ke nak nangis bila baca. Apa pun memang tampak keyakinan diri Alif yang tinggi ketika membuat persembahan dan beri kenyataan buat kita angkat topi.

Dah tentu jiwa kental Alif sebagai usahawan membuatkan dirinya berkeyakinan tatkala berdepan dengan orang ramai seperti dalam videonya ini walaupun levelnya dapat dinilai kita sendiri. Ada terhibur?

Sumber : IG Datuk Seri Alif Syukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!