“Senyum tak lekang di mulut, Alhamdulillah” – Netizen

Sehari dua lalu tular tentang seorang pemuda yang juga rider Grab yang menghentikan motsikalnya apabila terl4nggar sebuah kend3raan seorang pemuda berb4ngsa C1na. Apa yang menarik perhatian netizen apabila Shahril Zakaria, 19, menghentikan motosikalnya dan mengakui kesalahannya pada pemandu kereta tersebut. Kedua-duanya mereka terlibat dalam insiden tersebut dilihat sebagai rakyat Malaysia yang baik hati.

Mana taknya mereka saling bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Gamaknya turut terharu dengan situasi tersebut, keluarga selebriti, Fasha Sandha menjemputnya untuk makan bersama.

Ramai juga terharu melihat layanan keluarga Fasha dan suami, aktor, Aidil Aziz terhadap adik Shahril itu. Bahkan tengok cara pemuda itu apabila disantun mereka juga nampak tertib dan sejuk air muka orangnya.

“Alhamdulillah.. mata kami masuk habuk pulak nih.”, “Muka rezeki Adik ni, manis jer… Sejuk mata memandang. Insan mcm ni ‘tercampak’ kemana2 pun, tetap dia blh hidup & disayangi ramai org, Inshallah”.

“Alhamdulilah adik, u tak salah jumpa kak fasha sebab dia sangat lah baik hati. Semoga yg baik baik saja untuk kak fasha and awak ye dik”, “Sebak tgk video ni. Moga kak Fasha n family dimurahkan rezeki”.

Itu antara komen netizen. Nampak aura kebaikan adik Shahril ni bergabung pula dengan Fasha yang biasa mendapat pujian netizen dek kebaikannya yang juga banyak memberi dan seorang yang merendah diri.

Terdahulu dalam kapsyen hantarannya, kata Fasha dia berharap semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik Grab tersebut dan berharap pemuda itu terus sukses.

Fasha sendiri mengakui Shahril baik budinya, selain berterima kasih kepada abang iparnya yang telah membantu menghubungkan mereka. Tak kurang netizen yang sebak melihat perkongsian ini.

Difahamkan selain belanja makan, Fasha juga menghulurkan sedikit wang tunai sebagai tanda penghargaan terhadap kejujurannya itu dan menyifatkan ia wajar dijadikan contoh kepada yang lain.

Bagusnya kalau semua ada sikap toleransi macam ni. Semasa majlis makan-makan itu turut terlihat ibu bapa Fasha, selain keluarga sebelah ibu mertuanya yang juga mak kepada Aidil yang beramah mesra dengan adik Shahril. Bertuah kan…

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!