“Tinggi suara Dato tarik tuu tak sangka”- Netizen

Sebut sahaja nama Datuk Vida pasti ramai yang terbayangkan sikap usahawan kosmetik berkenaan yang sering membuat gimik dengan tingkahlakunya yang suka ketawa dan manja. Menjengah ke ruangan Instagram beliau pula ada sahaja muatnaik di Instagram beliau yang memaparkan gelagat dirinya yang lucu sehingga pasti membuatkan para pengikut akaun Instagram beliau geli hati dengan aksinya yang mencuit hati sambil mempromosikan produk- produk keluaran syarikat beliau.

Sebagai seorang usahawan, gimik-gimik yang dilakukan oleh beliau itu ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat terhadap jenama yang dibawa oleh beliau sekaligus membuatkan orang ramai kini cukup mengenali produk- produk yang di pasarkan di bawah syarikat beliau.

Usahawan berkenaan juga cukup bijak mengatur strategi untuk menarik perhatian masyarakat dalam melakukan promosi. Nama beliau mula dikenali ramai apabila beberapa tahun sebelum ini beliau tampil di kaca televisyen dengan menjadi penaja utama program hiburan Gegarvaganza.

Sejak dari situ, orang ramai mula mengenali beliau apatah lagi menerusi gelagat beliau di dalam program hiburan berkenaan yang sering mengenakan mahkota di atas kepala serta tampil dengan gaya beliau yang tersendiri.

Datuk Seri Vida atau nama sebenar beliau Datuk Seri Dr Hajjah Hasmizah Othman turut mengambil langkah drastik dalam strategi pemasaran apabila beliau kemudiannya tampil dengan lagu single pertama beliau iaitu I Am Me.

Lagu yang ringkas dengan muzik yang sangat catchy itu berjaya melonjakkan nama beliau dalam bidang hiburan pula.

Kemana tumpahnya tuah kalau bukan ke nasi. Begitulah pepatah yang sesuai di gambarkan apabila kini anak kepada Datuk Vida iaitu Cik B pula bergelar penyanyi. Satu- satunya anak perempuan kepada usahawan kosmetik terkenal itu mula t3rjuun kedunia hiburan sebagai pelakon menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta di samping Naim Daniel, Shasha Abedul dan juga Ismail Izzani.

Selain daripada berlakon, Cik B juga turut bergelar penyanyi. Namun begitu, tidak seperti ibunya yang menyanyikan lagu berentak rancak, Cik B pula selesa dengan lagu bergenre Hip Hop. Lagu single pertama Cik B yang berjudul Tolonglah adalah hasil nukilan lirik daripada Cik B dan ibunya sendiri.

Terbaru, menerusi perkongsian terkini di Instagram Datuk Vida, usahawan kosmetik tersebut telah berkongsikan video iklan produk kosmetik terbaru beliau. Di dalam iklan berkenaan, Datuk Vida seperti kebiasaan akan menari sambil mempromosikan produk. Menariknya lagu latar bagi iklan tersebut merupakan hasil nyanyian daripada suara Datuk Vida sendiri.

Di beberapa rangkap lagu tersebut, Datuk Vida perlu menyanyikan lagu tersebut dengan nada yang agak tinggi namun beliau berjaya menyanyikan lagu berkenaan dengan baik. Percubaan beliau menjadi penyanyi lagu iklan produk itu telah mendapat reaksi daripada para pengikut beliau di ruangan komen.

Meninjau reaksi netizen di ruangan komen entri yang dikongsikan oleh Dato Vida berkenaan, terdapat pelbagai reaksi daripada para netizen.

Ada segelintir netizen yang memberikan pujian terhadap video promosi produk itu, namun di sebalik komen yang menyokong dan memberikan pujian pasti tidak terlepas komen- komen yang memberikan kritikan terhadap video promosi produk tersebut. Berikut dikongsikan komen- komen berkenaan.

Lumrah menjadi orang yang dikenali pasti tidak terlepas dengan kritikan daripada orang ramai. Bagaimanapun usaha Datuk Vida yang cuba memperbaiki nyanyian beliau dan berjaya menarik nada tinggi dalam lagu iklan berkenaan boleh dipuji.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!