“Tengoklah dia menyakat mak dia” – Eira Syazira

Anak-anak sedikit sebanyak akan mengikuti sifat dan rupa ibu bapa mereka. Ini kerana wajah dan rupa bentuk kita ada berkait rapat dengan ‘g3ne’ DN4 ibu atau bapa kita. Ada fakta mengatakan bahawa rupa bentuk kita akan terjadi mengikuti ‘g3ne’ DN4 yang paling kuat dimana akan ada pada ibu atau bapa kita.

Siapa lagi tidak mengenali pelakon lelaki tempatan iaitu Azad Jasmin. Beliau yang memulakan karier beliau pada tahun 2007 menerusi filem Nana Tanjung itu terkenal dengan sifat kelakarnya dan ‘slang’ Kedah beliau yang pekat.

Beliau bukan sahaja menjadi pelakon speanjang berada dalam industri malah beliau juga pernah menjadi pengacara untuk televisyen siri Pa & Ma pada tahun 2018. Azad dan keluarganya juga menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti ‘Oh My Family’ yang bersiaran sebanyak 6 episod di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria pada tahun 2018.

Beliau juga dikenali dari laman ignya sebagai seorang bapa dan suami yang kelakar kepada isteri dan anak-anaknya. Beliau yang sekarang lebih banyak fokus pada perniagaan beliau bersama isterinya dan masih aktif berlakon dalam industri seni.

Beliau juga dikenali dari laman ignya sebagai seorang bapa dan suami yang kelakar kepada isteri dan anak-anaknya. Bukan sahaja bergurau dengan anak dan isterinya, beliau juga suka bergurau bersama ibunya yang tercinta.

Dilihat dari video tersebut, Azad dan isteri melakukan aktiviti karoke bersama dengan ibu Azad. Dilihat juga ibu Azad juga sudi untuk menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan diri dan keluarga.

Dilihat juga dari video tersebut, Azad adalah antara anak yang suka bergurau dan mengusik ibunya. Ibunya juga sangat terhibur melayan kerenah anaknya yang suka menyakat dirinya.

Netizen juga sangat terhibur melihat hubungan silaturahim antara Azad dan keluarganya kerana mereka dilihat sebagai keluarga yang suka menghiburkan antara satu sama lain. Ada juga yang memuji akan keharmonian mereka dan ada juga yang tak menyangka ibu Azad adalah Melayu biasa dan bukan ‘Mami’.

Menghiburkan ibubapa adalah satu keberkatan buat anak-anak. Dikala ada yang tidak sempat untuk merasai kebahagiaan menghiburkan orang tua mereka, kita yang masih punyai ibu bapa perlulah bersyukur dan menghargai masa yang ada bersama mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!