“Terbalik lah pulak, dia pksa2 isteri pakai emas”- Netizen

Perhiasan diri seperti barang kemas terutamanya emas tulen memang sukar dipisahkan daripada wanita. Dengan pelbagai bentuk hiasan emas yang cantik belaka dan harga yang sememangnya mahal, ramai wanita lebih memilih untuk memilikinya. Perhiasan emas bukan setakat boleh dipakai untuk berhias saja, malah boleh dijadikan sebagai simpanan jika berlakunya kecemasan di kemudian hari nanti.

Sebenarnya banyak kebaikan yang kita dapat jika memiliki emas ini. Namun kenalah ada sokongan daripada pasangan kita iaitu si suami. Kalau tidak, siapa yang nak belanja kita perhiasan emas kalau bukan si suami kan…

Seperti Datin Shahida iaitu pengasas barang kosmetik terkenal Dherbs, beliau kurang memakai barangan kemas. Namun suaminya Datuk Aliff Syukri cukup supportive sehingga ‘memaksa’ isterinya berhias dengan barang perhiasan emas.

Kebiasaannya wanita yang selalu gilakan emas tetapi terbalik pula ceritanya apabila Aliff Syukri sendiri yang lebih sukakan emas berbanding isterinya.

Gelagat Aliff memaksa Shahida ke kedai emas di sekitar KL itu mencuri perhatian netizen. Posting video tersebut pada awalnya adalah bertujuan untuk mempromosikan kedai emas tersebut namun mengundang tawa buat netizen apabila melihat gelagat Aliff beria ingin isterinya memakai emas yang besar.

Video berkenaan telah menerima banyak komen daripada netizen yang rata-ratanya berasa lucu selepas melihat video gelagat pasangan suami isteri yang romantik ini.

Selalunya si isteri yang suka emas, ni terbalik pula bila melihat pasangan Aliff Syukri dan Shahida. Memang kelakar habis tengok gelagat suami isteri ini.

Sementara itu, video Shahida telah menerima 500,000 tontonan sejak dimuatnaik Jumaat lalu.

“Bertuah datin dapat suami yang menghiburkan, tak kering gusi tengok diorg dua ni, kelako lah daton ni datin pun redha je”- Netizen

Makin romantik tengok pasangan Datuk Aliff Syukri dengan Datin Shahida ni.. Banyak video mereka berdua yang kelakar, untung Datin Shahida dapat suami yang menghiburkan.

Sumber: Instagram datinshahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!