“Kunci pertama, kena ada org tolong ikatkan”- Netizen

Setiap pasangan suami isteri sudah tentu banyak mengharungi suka duka dalam alam perkahwinan. Bagi seorang isteri, setia dan taat mereka satu-satunya pada si suami. Dan suami juga adalah pelindung buat isteri serta anak-anak. Maka suami isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka yang perlu digalas selepas berkahwin.

Walau bagaimana pun, pasangan suami isteri yang sudah berkahwin tidak salah pun untuk mempunyai hubungan yang romantik walaupun sibuk dengan tanggungjawab mereka.

Seperti pasangan selebriti yang romantik iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, mereka cukup mesra dan kelihatan bahagia bersama anak-anak. Walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, ia bukanlah penghapang bagi mereka untuk menjadi pasangan yang romantik.

Lihat pada sikap Hairul yang cukup penyayang dan romantik, ramai netizen suka melihat cara Hairul melayan isteri serta anak-anaknya.

Baru-baru ini, Hanis Zalikha berkongsi sebuah video tutorial memakai shawl dan dalam masa yang sama mempromosikan jenama shawl milik beliau sendiri.

Lebih menjadi perhatian apabila tindakan Hairul menolong isterinya membetulkan tudung membuatkan ramai netizen suka melihatnya. Romantiknya Hairul bila dengan isterinya..

Walaupun kita sering lihat Hairul dalam filem atau drama aksi, keperibadiaannya yang sebenar adalah seorang suami yang romantik dan penyayang dengan isterinya.

Rata-rata netizen memberi pelbagai respon menerusi ruangan komen. Video romantik Hanis dan Hairul berkenaan telah menerima sejumlah 901,000 tontonan.

Hanis antara selebriti yang popular di Instagram selain anak-anaknya juga memperolehi populariti yang tinggi dalam kalangan netizen.

Romantiknya Hairul dengan isteri dia.. Selalu tengok Hairul lawan musuh dalam filem, tapi di sebalik semua itu ada taman dalam hati hehe…

Sumber: Instagram haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!