“Jgnlah cakap dukung isteri, terasa yg bujang bang. Kita angkat dumbell je” – Netizen

Pada usia 45 tahun pelakon Norman Hakim menjadi sumber inspirasi kepada lelaki di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan. Beliau membuktikan pada usia pertengahan 40 an beliau juga mampu mengekalkan susuk tubuh yang masih berotot dan tegap. Sudah menjadi rutin beliau sejak dari zaman bujang, suami kepada Memey Suhaiza ini sememangnya amat menitik beratkan kesihatan tubuh badan serta imej beliau.

Norman sangat menitikberatkan penampilan dan juga penjagaan kesihatan beliau disebabkan itulah beliau sering meluangkan masa di gym malahan tidak memjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuknya melakukan senaman dirumah.

Bekas juara Hero Remaja tahun 1993 ini yang juga sangat terkenal dengan watak kepolisan dan pernah menjayakan watak sebagai Inspektor Harris dalam drama siri Gerak Khas sejak tahun 2003. Selain daripada berlakon pemilik nama penuh Mohamed Nurhakim Zaidon ini juga pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Dato Eizlan Yusof dan Dato Sani Salehuddin pada tahun 1999.

Aktiviti bersenam berkenaan turut dikongsikan oleh Norman bersama para pengikut di akaun Instagram beliau agar sama-sama menjaga kesihatan. Bapa kepada 6 orang anak ini juga sangat berdisiplin dalam rutin makanan beliau demi mengekalkan bentuk tubuhnya sehingga hari ini.

Perkongsian terkini di instagram memaparkan Norman telah memuatnaik video terbaru dirinya di instagram yang sedang membuat rutin senaman harian beliau buat para pengikut akaun instagramnya. Menurut Norman, rutin senaman tersebut dilakukan selama 1 jam setiap hari.

Perkongsian beliau sebelum ini menerima pelbagai pertanyaan daripada para peminat yang inginkan nasihat beliau namun beliau memohon maaf kerana dirinya bukanlah seorang pakar dan hanya mengamalkan rutin senaman berkenaan sebagai gaya hidupnya selama ini.

Kongsi Norman lagi, beliau hanya mahu sihat secara mntal dan fizikal dan tidak mengejar untuk sado atau mendapatkan six pax semata – mata kerana baginya perkara berkenaan akan datang kemudian sekiranya konsisten dengan rutin senaman. Senaman merupakan sesuatu yang tidak memerluukan sebarang modal hanya keinginan diri sendiri untuk melakukan atau tidak.

Apa yang lebih penting adalah jika kesihatan dikekalkan, kita juga dapat melakukan ibadah, mencari rezeki dan sebagainya dengan sempurna. Norman juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya Memey yang memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau dalam mengekalkan makanan harian yang berkhasiat.

Bagi Norman lagi tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu. Apa yang penting adalah konsisten dengan senaman yang dilakukan tanpa mengharap keputusan yang cepat dan mendadak.

Ternyata video yang dikongsikan berkenaan mencuri perhatian para pengikut akaun Instagram beliau dan juga beberapa rakan artis yang cukup kagum dengan susuk tubuh kekar milik pelakon berkenaan. Malahan ramai juga anak muda yang baru berjinak dengan senaman bina badan menjadikan Norman sebagai inspirasi mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka melihat tubuh badan pelakon tersebut yang sangat tegap dan berotot.

Sememangnya pada usia yang mencecah 45 tahun amat sukar buat sesetengah individu untuk mengekalkan badan ketika zaman bujang apatah lagi tanpa disiplin dalam senaman dan juga rutin pemakanan seimbang yang sangat ketat.

Tidak semua orang mampu melakukannya dan disebabkan itulah pelakon berkenaan menjadi sumber inspirasi buat masyarakat diluar sana. Berikut dikongsikan beberapa komen yang telah ditinggalkan oleh para netizen.

Betul nasihat Norman tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu selain usaha yang konsisten dan berterusan. Ramai yang menjadikan Norman Hakim sebagai idola kerana kagum dengan susuk tubuh pelakon Gerak Khas berkenaan yang sangat berdisiplin dalam menjaga tubuh badan dirinya agar sentiasa kelihatan kekal tegap dan sihat walaupun usia sudah menginjak 45 tahun.

Sumber : Instagram normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!