“Biaq pi lah chef nak dok bungalow 7 tingkat pun”- Netizen

Sudah maklum kehidupan terkini banyak bergantung dengan media sosial seperti Instagram, Fb dan lain-lain sebagai platform utama bagi berinteraksi dan berhubungan antara satu sama lain. Ruangan media sosial para artis semestinya menjadi tumpuan para netizen. Aktiviti malah setiap gerak-geri mereka pasti akan menjadi bualan dan menerima komen ramai.

Bukan sahaja bijak dalam bidang masakan, ramai yang tidak tahu bahawa Chef Wan juga mempunyai bakat besar dalam bidang penulisan, pengacaraan dan lakonan. Sebelum memulakan kerjaya memasaknya di tanah air, Chef Wan mempunyai pengalaman bekerja sebagai penyedia makanan di Sydney.

Baru-baru ini Chef Wan baru sahaja pulang dari percutian panjangnya ke negara Eropah iaitu Amerika Syarikat. Menghabiskan peluang bercuti selama 42 hari di Amerika, kini Chef Wan berkongsi kesibukannya membersihkan keseluruhan rumah yang masih belum selesai sehingga kini.

Perkongsian dan temu ramah dari Chef Wan dalam rancangan Nona mengenai kehidupannya ternyata telah disalahtafsir oleh para netizen yang memberikan reaksi negatif terhadapnya. Chef Wan telah berkongsi tentang gaya hidupnya yang sentiasa berpaksikan kehidupan yang ringkas sahaja walaupun bergelar sebagai jutawan chef selebriti.

Akan tetapi, kehidupan ringkas yang dimaksudkan oleh Chef Wan telah mendapat reaksi dan maklum balas yang kurang baik dari para netizen. Mereka seakan-akan tidak menyokong kehidupan ringkas yang dikatakan olehnya dengan mempersoalkan rumah banglo yang dimiliki oleh Chef Wan.

Chef Wan telah meluahkan perasaannya di posting terbaru laman Instagramnya dengan mengatakan bahawa sebenarnya para netizen telah menyalahanggap kenyataan yang diberikan olehnya. Dia juga mengatakan segala yang dimilikinya sekarang adalah hasil kerja kerasnya sejak muda lagi.

Para peminat dan penyokong tegar Chef Wan telah meningg4lkan komen positif dan memberikan semangat kepadanya untuk tidak terlalu memikirkan segala tomahan yang dikatakan oleh orang diluar sana.

Netizen sepatutnya menjadikan kejayaan yang dicapai oleh Chef Wan sebagai sumber inspirasi bagi memperbaiki diri agar lebih berjaya di masa hadapan.

Memberikan komen negaatif dan cemuhan terhadap seseorang tidak dapat menjadi titik tolak bagi memperbaiki diri malah menj4tuhkan diri sendiri.

Sumber: Instagram Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!