“Apa kau buat dekat laki ko dik”- Zarina Zainuddin

Pasangan selebriti popular Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kini lebih banyak menguruskan perniagaan mereka dari produk kosmetik sehinggalah ke produk tudung. Dalam kesibukan Wawa dan Aeril berniaga, suami isteri ini sentiasa berkongsi video lucu di laman Instagram buat peminat-peminat mereka. Peminat pun turut terhibur melihat gelagat Aeril dan Wawa setiap kali berkongsi posting video.

Secara umumnya, ramai mengenali Wawa dan Aeril bermula dari lakonan mereka di beberapa drama serta filem tempatan.

Maka tidak hairanlah apabila pasangan sama cantik sama padan ini sentiasa berlakon bersama untuk content marketing bagi produk jualan mereka. Aeril dan Wawa pun boleh dikatakan aktif dengan aplikasi Tiktok tau.

Baru-baru ini, Aeril dan Wawa melakonkan semula watak menerusi salah satu babak drama Sutun. Bila mereka berdua berganding bersama, memang lawak habis.

Video mereka yang dikongsi di Tiktok dan Instagram itu telah mencuri tumpuan ramai netizen. Tak sangka, netizen pun banyak menonton video lucu mereka.

Sementara itu, video itu telah mencecah 790,000 tontonan dan 1000 komen daripada netizen.

“Mintak lmpang ek muka tu, hahaha macam mana lah boleh tahan gelak, wawa tahan gelak tu”- Netizen

Malah video lucu dimuatnaik Wawa itu telah menerima komen daripada pelakon Zarina Zainuddin.

Komen Zarina turut menerima respon dari Wawa sendiri.

Haih jarang tak lawak Wawa dengan Aeril ni, nampak masih pandai berlakon lagi walaupun dah jarang berlakon sekarang..

Sumber: Instagram Wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!