“Memang susah nk tidoqkan kacang ket0t ni” – Bl4ck Hanifah

Mereka yang berumahtangga pastu mengimpikan pasangan yang mampu membahagiakan sehingga ke akhir hayat. Isteri mana pula yang tak gembira dan bahagia jika nak tidur pun didodoi suami. Pasti bahagia saja hidup jika pasangan sentiasa menghiburkan diri dengan berbagai kelakuan lucu. Bukan sahaja anak yang perlu didodoi, terkadang isteri pun teringin nak didodoi seperti bayi.

Siapa yang tak kenal lagi dengan anak didik kepada penyanyi dangdut Mas Idayu yang satu ini. Berjaya mendapat gelaran juara dalam rancangan realiti Mentor merupakan titik permulaan buat Bl4ck bagi mencipta nama dalam industri hiburan tanah air ini.

Berkat kesabaran dan hormatnya pada Mas Idayu yang sememangnya terkenal sebagai pendidik yang tegas ini telah membuahkan hasil besar buat Bl4ck Hanifah. Sejak dia mula bersaing dalam rancangan Mentor dahulu pun, Bl4ck memang terkenal sebagai seorang yang suka mengusik dan bergurau senda.

Jika dahulu sebelum berumahtangga, Bl4ck memang sering mengusik Mas Idayu yang sudah menjadi ibu keduanya juga dipanggil sebagai mummy. Kini bila sudah beristeri, giliran isteri pula yang sering menjadi mangs4 usikan kepada Bl4ck ini.

Walau sudah mempunyai dua orang cahaya mata, hubungan romantis dan lucu antara pasangan suami isteri ini tidak pernah pudar. Hubungan harmoni antara pasangan ini juga sering dikongsi bersama para peminat di laman Instagram dan sering mendapat komen positif dari netizen yang suka melihat mereka berdua.

Video kali ini pula Bl4ck mula mengusik isterinya iaitu Naquia Nasirah dengan lagu lucu dan mencuba untuk mendodoikannya tidur. Kapsyen dari Bl4ck yang memanggil isterinya sebagai kacang ketot itu pula disebabkan oleh lagu nyanyian dari anak kecil yang digunakan Bl4ck pada video tersebut.

Perbuatan Bl4ck yang cuba menepuk-nepuk perut isterinya dalam video tersebut juga menimbulkan pertanyaan dari netizen yang membuat andaian bahawa Bl4ck bakal menimang cahaya mata ketiga kali ini.

Kalau tak mengusik orang bukan Bl4ck lah namanya. Kalau bukan isteri pasti Dayyan yang menjadi mangs4 usikan. Tapi betul ke isteri Bl4ck kini tengah mengandung? Moga ada berita baik yang akan disampaikan dari pasangan ini.

Sumber: Instagram Bl4ck Hanifah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!