“Wajib ada season 2 harap harap ada” – Netizen

Industri perfileman dan drama di tanah air kini semakin memberikan peningkatan yang baik. Jalan cerita yang tidak cliche dan sukar diduga  semestinya menjadi kegemaran ramai pencinta drama yang menginginkan jalan cerita yang berbeza-beza. Peran dan lakonan dari para artis juga memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan sesebuah filem dan drama itu.

Sebuah drama siri terbaru bertajuk Melur Untuk Firdaus ini telah menjadi drama hit bukan sahaja di Malaysia malah negara tentangga iaitu Indonesia yang menjadi penggemar kepada drama ini. Sukar menarik penonton selain dari dalam Malaysia, ternyata drama arahan dari Zamri Zakaria ini telah berjaya mencipta rekod dalam industri hiburan.

Lakonan mantap dari Merqeen dan Anna Jobling yang memegang peran utama dalam drama tersebut juga menjadi salah satu faktor drama ini menjadi kegilaan ramai. Chemistry lakonan antara dua nama baharu yang mula mencipta nama melalui pertandingan realiti Hero dan Dewi Remaja ini ternyata mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan.

Keseluruhan cerita yang mengisahkan kasih sayang dari Melur yang tulus untuk Firdaus walaupun sering diluk4i oleh suaminya sendiri ini ternyata berjaya meruntun emosi para penonton sehingga ke akhir episod iaitu episod ke 28.

Episod akhir bagi drama Melur Untuk Firdaus yang akhirnya merupakan pengakhiran bahagia bagi Melur dan Firdaus ini tidak cukup bagi pencinta drama ini. Ribuan komen pada cuplikan video drama tersebut yang dimuatnaik oleh Anna Jobling ini menginginkan Melur Untuk Firdaus musim kedua.

Hubungan rapat antara Merqeen dan Anna yang merupakan hero dan her0in dalam drama tersebut juga dikatakan telah menjadi cinta lokasi. Gossip mengatakan bahawa mereka berdua sememangnya sedang menjalin hubungan istimewa sehingga di luar lokasi penggambaran.

Ramai yang masih bersedih dengan pengakhiran drama viral Melur Untuk Firdaus ini walaupun kedua mereka akhirnya bersama. Keseluruhan 28 episod dikatakan terlalu singkat buat mereka dan ramai yang mahukan sambungan bagi drama ini.

Macam-macam perasaan bercampur-baur bila tengok Melur Untuk Firdaus ini dari episod satu. Tapi akhirnya bersama juga mereka berdua selepas berbagai rintangan dihadapi. Harap-harap termakbul harapan ribuan penonton yang mahukan musim kedua.

Sumber: Instagram Anna Jobling

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!