“Kenapa macam mencungap2” – Bell Ngasri

Peminat tegar kumpulan wanita Elite pastinya merindui penampilan anggota penyanyi itu. Entah apa khabar mereka. Jika melihat aktiviti kehidupan terkini antaranya Watie, kini banyak berlakon drama, Shasha Saidin mengikut suami kini di Dubai UAE, sementara Linda Rafar, Azza dan Abby Abadi sibuk berniaga dan kadang berkongsi di medsos aktiviti mereka menjalani
kehidupan harian bersama keluarga tersayang.

Kalau dapat kembali berada di pentas bersama, tentu mengimbas nostalgia zaman kegemilangan mereka. Yang pasti ramai mereka pernah berada di era 90-an rindukan lima sekawan ini kan…

Apa pun sekali sekala berada di pentas nyanyian, walaupun acah-acah konsert sekurang-kurangnya mengubat kerinduan peminat mereka. Seperti persembahan Azza dan Abby ini.

Walaupun tak cukup korum, nyanyian mereka berdua di pentas event pun menarik perhatian penonton membuktikan aura mereka masih memukau. Sekali dengardan lihat video hantaran Azza ini, terubat kerinduan.

“Suara abby ttp sedap cm dulu”, “Perrghhh suara kak abby masih berbisa.. cume kak azza ade sikit berlainan…”, “Kena buat come back dgn semua ahli elite yg asal”, “Ishhh, kira okay la ni.. zaman2 elite dulu, kak za yg plg hotttt”.

“Abbyyyy… Love her voicee…”, “Badan dah berisi tetap cantik jugalah, yang penting happy dan bahagia.”, “Masih segar diingatan lagu ini. Memang legend la. Masih bersemangat menyanyi. Suara kak mamayebbyyabadi pun masih helok lagi.”.

Itu antara komen netizen. Yang pasti ramai merindui mereka. Tak kurang yang memberikan respons terhadap mutu suara Abby yang dikatakan masih maintain seperti dulu. Sedap dan manis didengar gitu.

Agak mencuit hati juga apabila rakan artis yang juga pelawak Bell Ngasri turut men1nggalkan komen di hantaran Azza itu. “Kenapa macam mencungap2”, coret Bell. Macam menyakat bunyiknya kan…

Sporting respons akan pertanyaan Bell itu, bersahaja balas Azza: “Biasa la org tua nyanyi”, kata Azza. Ramai pula yang menyokongnya. Terdahulu antara kapsyen Azza dalam hantaran tu, ‘Debab tu awesome’.

Tentu saja Azza membayangkan yang berat badan mereka kini sudah bertambah seiring peningkatan usia. Apa pun kedua-duanya masih sporting mahu menyanyi di pentas. Tak lari banyak pun suaranya…

Sumber : IG Azza Elite

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!