“Saya cadangkan Dato teruskan memasak je” – Netizen

Selepas penat menempuh hari-hari bekerja, pastinya seseorang individu tersebut akan mencari aktiviti lain pula bagi menghiburkan diri. Masing-masing mempunyai minat dan hobi yang tersendiri bagi mengisi masa-masa terluang yang ada. Jadi berhibur dan menggembirakan hati sendiri tidak salah dan digalakkan melalui cara apa sekali pun. Boleh jadi berhibur bersama rakan, keluarga mahupun berseorangan sahaja.

Jika dahulu sibuk dengan nyanyian dan dunia hiburan, tetapi kini Dato Fazley lebih sibuk dengan dunia masakannya yang terkenal dengan keenakan dan keunikan yang tersendiri. Siapa sangka seorang penyanyi kacak ini ternyata mampu menapakkan diri lama dalam bidang masakan dan menjadi chef terkenal negara.

Selain memiliki restoran sendiri, masakan hasil tangan dari chef terkenal ini tak hanya terkenal di dalam negara sahaja malah di negara Asia lain seperti Singapura.

Baru-baru ini juga, Dato Fazley telah menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza. Namun, rezeki dalam bidang nyanyian belum menyebelahinya setelah tersingkir pada minggu keempat.

Tidak hanya berbakat dalam nyanyian dan masakan sahaja, siapa sangka ternyata chef selebriti kacak ini juga ternyata mampu menari dengan baik.

Tularnya aplikasi seperti Tiktok kini telah menyebar luas tarian dan ramai mereka sudah menganggap bahawa menari merupakan suatu perkara yang biasa.

Namun lain pula yang jadi pada Dato Fazley apabila video tariannya itu telah dikomen oleh beberapa netizen yang memberi cadangan lucu. Katanya Dato Fazley lebih baik agar terus berada dalam bidang masakan sahaja dan tidak sesuai untuk menari.

Tidak melatah dengan komen perlian yang diberikan, Dato Fazley dengan bersahaja membalas komen netizen tersebut dengan gelak ketawa dan tidak menganggapnya sebagai suatu yang serius.

Ada juga netizen yang menegur mimik muka Dato Fazley dalam video tersebut yang dikatakan agak pelik dan tidak sesuai dengannya.

Namun masih ramai yang terhibur dengan tarian bapa kepada empat orang cahaya mata ini. Warna baju berona merah jambu yang dikenakan juga dipuji ramai apabila Dato Fazley dikatakan sesuai memakai pakaian itu sehingga ada netizen yang ingin meminjamnya.

Sesekali berseronok dan menari memang tak salah kan Dato. Penat juga hari-hari nak menghadap mangkuk periuk dan pakai apron. Memang seronok tengok Dato Fazley menari. Mesti lama berlatih nak ingat steps tu kan.

Sumber: Instagram Dato Fazley Yaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!