“Excited dia jumpa mak dia” – Raja Ilya

Ibu mana yang tak teruja untuk pulang ke rumah bila sudah seharian keluar dan tidak berjumpa. Lebih-lebih lagi apabila anak yang ditinggalkan tu masih lagi kecil. Pasti rindu yang membuak-buak sudah terasa di dalam hati meskipun hanya ditinggal buat beberapa jam sahaja di luar. Ada ibu yang hingga tidak mampu fokus buat kerja lain jika meningg4lkan buah hati kesayangan mereka di rumah dan tidak nampak di depan mata.

Wajah comel Talita Love Garrett yang merupakan permata pertama bagi pelakon Raja Jamilah Begum Raja Mohammad atau lebih popular dengan nama Raja Ilya ini memang tidak pernah gagal mencuri perhatian para netizen di Instagram.

Anak campuran d4rah Melayu dan Australia ini yang bakal genap berumur dua tahun pada Julai tahun ini kini sudah semakin bijak dengan gelagat comel dan lucunya itu. Malah, kini si kecil ini sudah kenal benar dengan wajah ibu dan ayahnya walaupun dilihat dari jauh sekali.

Keluarga kecil dari Raja Ilya dan suaminya iaitu Trent Garrett ini sudah memilih untuk menetap di negara Australia semenjak mereka mula berkahwin lagi. Namun begitu, Raja Ilya masih tidak lupa untuk pulang ke tanah air dengan membawa suami dan puterinya itu ke sini pada tahun lalu.

Membesarkan anak di negara orang serta meningg4lkan kerjaya serta popularitinya sebagai selebriti terkenal di sini pasti bukanlah suatu yang mudah buat Raja Ilya sendiri. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang disini demi bersama dengan suami membuat dirinya terkadang meluahkan perasaan yang rindukan masakan ibunya.

Lucu melihat video yang baru dikongsikan oleh Raja Ilya di Instagramnya itu. Telatah Talita yang sudah tidak sabar berjumpa dengan ibunya itu telah menarik perhatian ramai yang terhibur melihat wajahnya yang penuh dengan keterujaan melihat Raja Ilya. Walau baru berumur setahun jagung, t4jam betul mata Talita boleh kenal ibunya berjalan dari jauh lagi.

Peminat dan netizen yang memberikan komen masing-masing sangat geram melihat betapa lucunya gelagat si comel Talita ini. Ditambah pula dengan badannya yang sihat dan gebu itu, makin tak keruan dibuatnya bila melihat anak kecil ini.

Kejap lagi bila Talita dah makin membesar, mesti mana-mana mommy pergi dia sibuk la nak mengikut. Tapi memang jarang tengok Talita men4nangis. Selalu ketawa dan murah senyum anak mat salleh ni.

Sumber: Instagram Raja Ilya

Artikel disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!