“Dah besar Ana Nayla, ikut muka mummy dia comel”- Netizen

Kehadiran Ana Nayla iaitu puteri sulung kepada selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah menceriakan lagi suasana buat keluarga kecil ini. Ana Nayla juga antara si cilik yang mencuri tumpuan netizen sejak dilahirkan lagi. Setiap video dan gambar Ana Nayla pasti membuatkan netizen teruja melihat kecomelannya. Comel pun sama seperti ibunya.

Masa pun berlalu dengan sangat cepat apabila melihat Ana Nayla sudah membesar dengan sihatnya. Tatkala Ana Nayla sudah besar, inilah masa yang sesuai buat ibu bapa si cilik ini untuk membawanya berjalan-jalan.

Nabil menerusi posting di Instagramnya, beliau berkongsi sebuah video menunjukkan dirinya bersama Ayda dan Ana Nayla serta menaiki kapal terbang untuk ke Pulau Langkawi.

Melihat Ana Nayla di samping ibunya dalam video tersebut, nampaknya seperti tidak meragam apabila naik kapal terbang. Malah Ayda Jebat juga memberitahu menerusi instagram story miliknya, penerbangan ke Langkawi itu adalah penerbangan pertama buat Ana Nayla.

Si cilik itu juga langsung tidak menanggalkan pelitup muka sepanjang hari. Bagusnya Ana Nayla dengar kata mummy dia, bila dah besar nanti mesti akan jadi anak yang solehah

Sementara itu, mata netizen lebih tertumpu kepada Ana Nayla dan rata-ratanya memuji wajah Ana Nayla yang sama iras seperti ibunya.

Video dikongsi oleh Nabil telah menerima 42,000 tontonan sejak dimuatnaik Jumaat. Ana Nayla terus menerus membuatkan netizen geram melihat si cilik ini.

Menjengah instagram Ana Nayla, si cilik ini telah memmpunyai 108,000 pengikut. Wah popular sungguh Ana Nayla ya. Ramai netizen suka mengikuti perkembangan Ana Nayla dari sekecil bayi hinggalah sekarang.

Tak sabarnya nak tengok next video Ana Nayla. Makin besar makin comel dia.. Mata pun bukat macam mummy dia.

Semoga Ana Nayla membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya. Bukan senang nak tengok kanak-kanak kecil behave time pakai mask. Good job Ana Nayla.

Sumber: Instagram Nabilmahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!