“Dgn telinga2 sekali, bp harga pakej dia” – Pak Azad

Dalam hidup ini tiada makna sekiranya kedua insan yang paling banyak berjasa sudah tiada lagi di sisi. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa yang telah banyak berk0rban sejak kita masih dalam perut ibu lagi sehinggalah besar. Benarlah kata orang bahawa kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Memang mereka sahaja yang mampu menyayangi kita tanpa meminta sebarang balasan pun.

Seronok rasanya bila lihat video lucu dari pelakon lelaki terkenal ini bersama ibunya. Azad Jasmin atau lebih mesra dipanggil sebagai Pak Azad ini memang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya sehingga kini walau sudah bergelar kepada ayah kepada tiga orang puteri.

Kalau dulu Pak Azad memang aktif dalam bidang lakonan di kaca TV, namun kini dia lebih fokus dengan kerjaya tetapnya sebagai seorang penyampai radio di Era FM. Dari dahulu hingga sekarang, sikap humorisnya itu memang tidak pernah berubah. Ada saja telatah dan kata-kata lucu yang sering dibuatnya.

Hubungan akrab Pak Azad bersamanya dahulu pernah disalahanggap oleh netizen kerana dianggap kasar terhadap ibunya. Namun buat mereka anak-beranak, perkara itu bukanlah seperti apa yang difikirkan oleh orang ramai kerana hanya mereka yang faham bagaimana hubungan mereka sebagai keluarga.

Buat hal sekali lagi, kali ini Pak Azad telah meminta layanan istimewa dari tangan seorang ibu untuk mencucikan rambutnya. Tanpa keluh-kesah, ibunya tetap menunaikan permintaan anak lelakinya itu yang memintanya untuk mencuci rambut.

Lucu dibuatnya apabila reaksi berlebihan dari Pak Azad yang menikm4ti cucian rambut dari ibu kesayangannya itu. Lebih-lebih lagi apabila ibu Pak Azad mula menggunakan skill mencuci rambutnya itu dengan mengurut kepala Pak Azad sehingga pakej mencuci telinga.

Terkejut Pak Azad dengan skill tersembunyi ibunya itu. Peminat dan netizen telah membanjiri ruangan komen pada video tersebut akibat terlalu terhibur melihat gelagat lucu Pak Azad bersama ibunya itu. Malah, ramai yang mengatakan bahawa Pak Azad merupakan insan yang beruntung kerana masih mempunyai ibu.

Sikit lagi kalau biar boleh terlena Pak Azad layan ibunya punya servis cucian rambut yang memang sebiji macam dekat salon. Kering gusi dibuatnya kalau dah tengok video Pak Azad menyakat ibunya.

Sumber: Instagram Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!