“Cantik sungguh la Mami muda mudi dlu, mcm mek Salleh”- Netizen

Fadzilah binti Mohd Ali atau kini lebih dikenali sebagai Mummy Didi Alias merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1988. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala. Sehingga kini, nama Mummy Didi Alias masih lagi menjadi pilihan pengarah drama mahupun filem dan masih aktif dalam bidang seni.

Selain daripada berlakon, Mummy Didi Alias juga aktif menjadi pengacara dan juri rancangan hiburan. Baru- baru ini Mummy Didi Alias menjadi salah seorang juri bagi pertandingan nyanyian misteri The Masked Singer Malaysia.

Wajah seseorang ketika muda akan berubah apabila meningkat usia. Seiring dengan peredaran masa, sudah tentulah perubahan berkenaan akan kelihatan semakin ketara selari dengan usia.

Untuk kekal relevan dalam industry hiburan, Mummy Didi juga pernah membuat kelainan dengan tampil dengan fesyen yang unik sehingga di gelar sebagai Lady Gaga Malaysia. Fesyen di luar kotak itu juga menjadi keunikan yang membentuk identiti Didi Alias sehingga kini.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Mummy Didi, pelakon tersebut berkongsi satu gambar “throwback’ yang memaparkan gambar beliau bersama Faizal Hussien. Mummy Didi pernah berlakon sebagai her0iin kepada Faizal Hussien menerusi filem Kanta Serigala.

Filem Kanta Serigala merupakan sebuah filem yang di terbitkan pada tahun 1991 dan di arahkan sendiri oleh bapa kepada Faizal Hussien iaitu Hussien Abu Hassan. Filem berkenaan juga menampilkan Rosyam Noor dan Melissa Saila.

Kongsi Mummy Didi di ruangan kapsyen perkongsian gambar tersebut, filem berkenaan sudah 32 tahun berlalu sejak mereka berdua berlakon bersama menerusi filem Kanta Serigala.

Tulis Mummy Didi lagi, beliau juga bersyukur kerana mereka berdua masih lagi menjadi pelakon yang di terima ramai dan masih lagi relevan dalam industry seni pada masa kini.

Mengintai keruangan komen, ramai rakan artis dan para peminat yang memuji kejelitaan wajah Mummy Didi Alias ketika masih muda. Ramai yang berkata wajah Mummy Didi mirip wanita kacukan ketika berlakon di dalam filem berkenaan.

Netizen juga berkata sepatutnya pelakon- pelakon lama seperti Mummy Didi dan Faizal Hussien lah patut di berikan gelaran Dato di atas sumbangan mereka selama bertahun- tahun di dalam industri hiburan dan bukannya pelakon yang suam- suam kuku tanpa sebarang sumbangan dalam dunia seni. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Pelakon yang lakonannya sangat real dua2 ni. Lejen – Netizen

Legend ni…masih berbisa lakonan both of you. muga kalian sentiasa dlm Rahmat Allah swt Dan Lindungan Nye- Netizen

Mummy masa muda macam muka balqis yg idola kecil tuu – Netizen

Dua2 awet muda. Xmakan tua..makan ape la agaknye yee.. love both – Netizen

Kerana lakonan mereka berdua yang ikhlas terhadap kerjaya masing- masing membuatkan nama Faizal Hussien dan Didi Alias masih lagi kekal relevan dan di terima ramai sehingga kini. Wajah mereka berdua juga masih lagi kekal awet muda.

Sumber: ig ladydidimsia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!