“MasyaAllah comelnya Sheryl junior” – Netizen

Penyanyi dan pelakon Azzam Sham atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham dan isterinya yang juga pelantun lagu Perasaan iaitu penyanyi Sheryl Shazwanie telahpun selamat menimang cahaya mata sulung pada 27 November yang lalu. Pasangan muda berkenaan telah di kurniakan seorang cahaya mata seorang bayi perempuan yang di beri nama Azzalea Safiyya.

Sebagai pasangan muda, Azzam tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut beliau yang kini sudahpun bergelar sebagai seorang bapa. Azzam turut menzahirkan ucapan terima kasih buat sahabat, kenalan serta para peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak mereka.

Puteri sulung pasangan ini dilahirkan secara pemb3dahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.  Azzam turut berkongsi bahawa beliau mengambil kepuutusan untuk turut menemani isterinya ketika melalui proses kelahiran di bilik bersalin. Proses kelahiran juga turut berjalan lancar dan dipermudahkan.

Meskipun gembira dan teruja menjadi seorang bapa namun Azzam sedar tanggungjawab beliau kini semakin bertambah sebagai ketua keluarga.  Sheryl pula kini semakin sihat dan sedang menjalani proses berpantang.

Menerusi perkongsian terbaru Azzam di Instagram, beliau akhirnya mengakhiri penantian para peminat beliau dan isterinya yang juga penyanyi Sheryl Shazwani apabila mendedahkan wajah terbaru anak sulungnya itu setelah berusia sebulan.

Azzam turut berkongsi pemilihan nama puteri sulungnya itu di mana Azzalea Safiyya yang membawa maksud nama Azzalea ialah kekal abadi manakala Safiyya pula yang bersih dan jujur. Maksud nama yang begitu indah itu bersesuaian dengan wajah comel puteri mereka tersebut.

Gambar puteri Azzam itu di kongsikan selepas selesai menjalani sesi fotografi untuk merakamkan detik manis kelahiran anak sulung mereka itu bersama jurufoto professional.

Menjengah keruangan Instagram anak pasangan ini Azzalea Safiyya pula, Azzam juga sudah membuka akaun Instagram anaknya itu kepada umum untuk memudahkan para peminat melihat gambar bayi sulung beliau.

Beberapa gambar dan video turut di muat naik menerusi Instagram story Azzalea Safiyya yang memaparkan suasana ketika sesi fotografi berkenaan bersama puteri sulung kesayangan itu berlangsung.

Memetik beberapa caption yang di tulis di Instagram story, Azzam dan Sheryl menggunakan panggilan ayah dan mama sebagai pengganti diri ketika bersama bayi mereka.

Menjengah keruangan komen, ramai rakan- rakan artis dan para peminat yang memuji wajah comel dan gebu Azzalea Safiyya.

Netizen juga mendoakan Azzalea Safiyya membesar menjadi seorang anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Terdahulu, Azzam dan Sheryl selamat bernikah pada 1 Januari 2022 lalu di Maasjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor selepas bertunang pada 30 September 2021 tahun lalu.

Mereka juga sudah berkawan rapat selama enam tahun apabila bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Sumber: ig azzam sham dan Sheryl shazwani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!