“Bestnya 20 hari tinggal, aku sehari pun payah”- Shiera Ijoy

Rozita Abu Bak4r atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta ialah seorang pelakon dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique.

Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana. Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 8 tahun.

Kehidupan Che Ta yang glamor sentiasa mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan kehadiran anak perempuannya yang sangat comel iaitu Aisyah Dhia Rana yang sering mengundang rasa geram dalam kalangan netizen dek kerana gelagat kanak- kanak berkenaan yang saling tidak tumpah seperti mana ibunya Che Ta yang gemar bergaya.

Menerusi Instagram, Che Ta memuatnaik hantaran terbaru aktiviti beliau sebagai perkongsian buat para peminat. Che Ta berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan beliau dan dua orang adiknya iaitu Ayu Raudhah dan Rohaiza Che Wan akan keluar negara untuk bercuti.

Menariknya percutian adik beradik Che Ta itu tidak di sertai suami dan anak- anak. Che Ta dan adik- adiknya mengambil peluang untuk meluangkan masa ‘me time’ bersama adik- adiknya ke luar negara selama 20 hari.

Tulis Che Ta lagi di ruangan komen, kesempatan untuk meluangkan masa bercuti keluar negara bersama adik- adiknya itu hanya berlaku setelah 15 tahun berlalu.

Che Ta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih beliau buat para suami yang memahami serta melepaskan isteri masing- masing untuk bercuti ke luar negara bersama adik- beradik.

Che Ta juga mengucapkan terima kasih buat suaminya Zain Saidin yang sudi menjaga anak- anak sepanjang ketiadaan beliau dan berjauhan dengan isteri tercinta.

Hubungan adik beradik ibarat pepatah ‘air di cincang tidak akan puutus’ namun begitu lumrah kehidupan, setelah dewasa pasti akan berpisah kerana mempunyai komitmen bersama keluarga.

Bukan mudah untuk adik beradik kembali meluangkan masa bersama seperti waktu sebelum masing- masing mempunyai suami dan anak- anak. Apatah lagi bercuti ke luar negara selama 20 hari.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata percutian ‘bujang’ Che Ta bersama adik beradiknya itu begitu menarik perhatian para pengikut akaun Instagram. Malahan rakan artis Shiera turut menulis komen meminta tips daripada Che Ta. Jom baca apa lagi komen netizen.

Tidak semua suami yang berlapang dada membenarkan isteri meningg4lkan dirinya dan anak- anak, apatah lagi untuk jangka masa 20 hari untuk tujuan bercuti.

Alhamdulillah Che Ta di kurniakan suami yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan buat isteri. Memang susah nak cari suami macam Zain sekarang. Bagusnya Zain bagi masa Che Ta untuk ‘ me time’ dengan adik beradik.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!