“Owh mcm tu Jebat ckp Inggeris dgn maid baru, sbb mayas” – Nurtizen

Sharnaaz Ahmad dikenali sebagai seorang pelakon dan usahawan di Malaysia. Menyingkap sisi peribadi pelakon lelaki ini, Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017. Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Walaupun sudah berpisah namun hubungan pasangan ini masih lagi baik antara satu sama lain dan wajar dipuji apabila saling bekerjasama untuk menjaga anak tunggal mereka Jebat Jayden.

Kasih sayang Sharnaaz buat anaknya itu juga sering mencuri tumpuan warganet apabila Sharnaaz kerap berkongsi video beliau melakukan aktiviti bersama anaknya.

Perkongsian terkini salah seorang ahli keluarga Jebat di Instagram memaparkan gelagat kanak- kanak berkenaan apabila di ajak bercerita mengenai pembantu rumah baru yang baru sahaja di upah oleh keluarganya.

Menurut ahli keluarga berkenaan, pembantu rumah berkenaan merupakan seorang wanita berasal daripada Filipina. Seperti ramai ketahui, warga Filipina lebih fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Di sebabkan itu, kebanyakkan komunikasi bersama pembantu rumah warga Filipina adalah dalam Bahasa Inggeris. Bercerita mengenai komunikasi bersama pembantu rumah, Jebat kemudiannya menceritakan cara dirinya bercakap Bahasa inggeris dengan pembantu rumahnya itu.

Namun begitu reaksi lucu yang kanak- kanak berkenaan gambarkan mengenai komunikasi Bahasa inggeris beliau yang ‘singkat’ bersama pembantu rumah baru itu ternyata mencuit hati netizen. Apatah lagi apabila kanak- kanak berkenaan memberitahu bahawa dirinya malas untuk bercakap Bahasa inggeris.

Sekiranya kanak- kanak lain sudah di dedahkan dengan pertuturan Bahasa inggeris untuk mengasah penguasaan bahasa inggeris sejak dari kecil namun berlainan pula dengan Jebat kerana Nabila mahupun Sharnaaz lebih memberikan penekanan terhadap pertuturan dalam Bahasa melayu dengan betul buat anak mereka itu.

Hal demikian menjadikan Jebat Jayden merupakan salah satu contoh kanak- kanak yang gemar bertutur dalam Bahasa melayu berbanding Bahasa inggeris.

Menerusi ruangan komen pula, para netizen cukup terhibur dengan gelagat Jebat yang semakin comel dan suka mengajuk orang dewasa.

Gelagat Jebat yang memberikan alasan malas untuk bercakap Bahasa inggeris juga cukup mencuit hati. Ada sahaja alasan Jebat yang sangat lucu dan menghiburkan ya. Jom kita baca apa komen netizen buat kanak- kanak berkenaan.

Bijak betul Jebat Jayden ni bercakap. Adakalanya tidak masuk akal pelbagai alasan dan respon yang di berikan namun cukup menggelikan hati buat netizen yang mendengarnya.

Gelagatnya yang mencuti hati juga sering menambat hati netizen yang terhibur melihat kerenah dan gelagat lucu serta bersahaja kanak- kanak berkenaan.

Sumber: ig srikandi79

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!