“Comel cucu nenek, budak bijak”- Ibu Emma Maembong

Kebanyakan anak-anak kecil suka sangat ajuk apa yang dikatakan oleh orang-orang tua. Comel sangat tengok telatah mereka semua. Walaupun tak fasih dan gagap untuk meniru segala apa yang diperkatakan, tetapi mereka masih lagi berusaha untuk bercakap itu dan ini. Anak-anak korang mesti selalu ajuk macam tu kan ?

Ada dimuat naik video anak kesayangan kepada Emma Maembong yang bernama Shariq Gabriel, di mana si budak comel itu yang meniiru apa yang diperkatakan oleh ibunya. Comel betul anak-beranak ni.

Apabila mommy berkata sebegitu, lalu ditiru nya sebijik-bijik. Tetapi yang comel nya kerana dia masih lagi pelat dan tidak dapat meniiru dengan betul apa yang diperkatakan oleh mommy kesayangan nya tu tau. Budak-budak punya pelat.

Biasalah, budak-budak kecil punya pelat memang lain macam. Kadang tu tak jelas langsung apa yang diperkatakan oleh mereka ni. Tapi, kita layankan saja lah semua karenah mereka kan ? Sebab, mereka semua ni memang comel dan sangat menghiburkan.

Comel je tengok gelagat Shariq yang meniru apa yang diperkatakan oleh mommy nya tu. Kalau korang tengok video tu, mesti korang akan terhibur dan tergelak sekali tau. Rasa nak cubit-cubit je sebab terlalu dan menghiburkan.

Anak-anak korang mesti selalu kan tiru apa yang korang perkatakan. Mereka selalu belajar apa yang dengar, dan repeat balik. Di situlah mereka belajar untuk bercakap. Practice itu dan ini, semua dari apa yang mereka dengar tiap hari.

Sebab itulah, pastikan kita bercakap yang elok-elok saja dengan mereka. Kalau mereka dengar perkataan yang tidak elok, nanti mereka akan terikut-ikut dengan setiap perkataan yang mereka selalu dengar tu. Cakap yang baik-baik saja ya.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan telatah anak-beranak tu. Comel sangat Emma dan cucu kesayangan nya itu. Putih-putih kemerahan sangat mukanya. Geram rasa nak picit tau. Hensem betul.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni semuanya comel-comel belaka. Buatlah itu dan ini, sudah pasti menghiburkan hati kita semua. Kalau tak comel, memang tak sah kan. Budak-budak kecil tak pernah kalau sehari tak comel.

Sumber : Ig Shariqgabriel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!