“Kena puk4u ke tu” – Haiza Hanafi

Zaman sekarang ni, apa saja mudah menjadi viral di media sosial. Kalau sudah viral sesuatu itu, pasti orang ramai pun tak ingin ketinggalan untuk mencuba. Tidak kiralah dari segi makanan, aktiviti mahupun permainan. Pasti ramai yang sudah tahu tentang permainan yang sedang hangat dimainkan dimana-mana sekarang iaitu permainan yang dipanggil sebagai lato-lato.

Siapa tak kenal lagi dengan pelawak senior bernama Shamsul Ghau Ghau yang memang terkenal dengan kelucuannya sejak dahulu lagi. Walau kini umurnya kian meningkat, dia masih berusaha untuk menghiburkan peminat dengan tingkah lucunya itu.

Sempat viral sebelum ini disebabkan k3s hangat Sy4msul Yusof, netizen ternyata telah tersalah anggap bahawa Shamsul Ghau Ghau yang terlibat dengan k3s tersebut sehingga namanya turut terpalit. Malah ada juga yang memberikan mesej berbaur kemar4han di Instagram miliknya disebabkan perkara itu.

Disebalik dirinya yang sentiasa bersikap humoris ini, pasti ramai yang masih belum tahu bahawa Shamsul Ghau Ghau ternyata merupakan seorang pegawai polis sebelum dia membuat keputuusan untuk menceburi bidang hiburan tempatan.

Tak mahu ketinggalan dengan permainan yang sedang viral iaitu lato-lato, Shamsul Ghau Ghau telah berkongsi videonya bermain permainan ini di Instagramnya yang telah menarik ramai rakan artis serta peminat yang terhibur serta memberikan komen.

Shamsul sendiri mengaku walaupun dirinya sudah berusia, namun dia juga tidak mahu ketinggalan mencuba permainan itu sama seperti orang lain. Namun lucunya, semasa bermain lato-lato itu dirinya seperti telah dipuk4u pula.

Walaupun hanya lakonan semata, peminat serta rakan artis sangat terhibur melihat gelagatnya yang lucu itu lebih-lebih lagi pada mimik muka. Malah ramai yang memberi cadangan agar Shamsul bermain dengan lebih laju lagi kerana lebih seronok katanya.

Ramai yang memberikan komen bahawa permainan lato-lato ini memang sudah wujud sejak dari dahulu lagi namun kini sudah kembali viral. Terhibur tengok reaksi akhir muka Shamsul dalam video tersebut. Tak kering gusi dibuatnya tengok telatah lucu pelawak negara ini.

Sumber: Instagram Shamsul Ghau Ghau

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!