“Eee seram, I pulak yang gatal tapak kaki”- Netizen

Semua orang sukakan percutian. Taka da orang pun yang tak suka bercuti kan ? Percutian atau makan angin sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress dan rasa lelah bekerja. Bercuti, tak kisahlah pun di mana-mana destinasi nya. Dekat atau jauh, yang paling penting dapat menghilangkan stress kita semua.

Anzalna ada  memuat naik momemt beliau bersama ahli keluarga nya yang pergi cuti di Dubai. Wah sebut saja nama Dubai, pasti semua akan terus terngiang-ngiang akan Menara tertinggi di dunia tu. Burj Khalifa. Semua orang mesti tahu kan pasal Burj Khalifa.

Pun begitu, Dubai sangat popular kehidupan yang serba mewah. Semuanya kelihatan sangat indah. Pak Arab yang kaya-kaya. Teringin juga kan nak pergi ke Dubai. Tengok dalam social media pun nampak indah. Inikan pula pergi jejakkan kaki di sana.

Kali ini, kita semua akan mengikuti perjalanan Anzalna dan ahli keluarga ke Dubai. Anzalna ada memuat naik videonya menaiki gelongsor transparent iaitu Sky View Glass. Wah, dengar nama dia pun dah kecut perut kan ? Inikan pula bila naik.

Tengok gelagat Anzalna menaiki gelongsor tersebut membuat kita semua seram sejuk saja. Dahla tinggi, nampak seisi kota Dubai. Memang betul-betul transparent lah katakan. Kita tengok ni pulak rasa getar kaki. Wuish, pejam mata.

Macam manalah agaknya Anzalna boleh memberanikan diri untuk menaiki Sky View Glass tu kan ? Kental betul lah dia ni, bukan main tinggi tapi dia tak takut pun. Eh, betul ke tak takut eh ? Ke buat-buat berani ? Hehe. Tinggi sangat.

Rata-rata netizen semuanya bergurau dengan Anzalna, katanya mesti Anzalna sebenarnya takut, tapi acah-acah memberanikan diri saja. Hehe, sebab dia pakai spek mata hitam, pun pusing ke tepi tak tengok view Dubai, tapi yang tahu nya hanya Anzalnya sorang.

Kalau ditawarkan duit sekalipun, belum tentu kita sanggup untuk join naik gelongsor tu kan ? Biar relakan diri jadi penonton saja, tak rela la nak naik gelongsor yang tinggi dan seram macam tu. Ketar kaki tengok dari jauh, seram.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa Sky View Glass itu sangat menyeramkan. Bukan apa, tinggi betul. Menara Taming Sari pun belum tentu berani nak naik sebab tinggi, inikan pula Sky View Glass tu kan ? Sangatlah tinggi.

Sumber : Ig Anzalnanasir88

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!