“Filem pertama aku masa ni umur 17 tahun”- Rosyam Nor

Pelakon legenda tanah air, Dato Rosyam Nor popular dengan lakonan mantapnya menerusi filem dan drama. Apa sahaja watak yang dipegang, pasti berjaya mempengaaruhi emosi penonton. Sejak belasan tahun lagi, Rosyam Nor telah mula berjinak dalam dunia lakonan dan antara filem pertama Rosyam ialah Giila-Giila Remaja. Dan kini, beliau telah berjaya mempunyai syarikat produksi sendiri dan menceburi bidang perniagaan.

Kisah kehidupan Rosyam juga antara menjadi perhatian ramai netizen dan pembakar semangat buat semua orang.

Mengimbau kenangan lama, Rosyam telah berkongsi sebuah foto lama menunjukkan dirinya bersama barisan pelakon filem Giila-Giila Remaja antaranya Faizal Hussein, Rehana Yassin dan ramai lagi.

Rosyam menerusi kapsyennya memberitahu, Filem tersebut adalah filem pertanya di usia 17 tahun. Di usia yang muda, Rosyam telah mula menceburi bidang lakonan dan telah berjaya membintangi watak utama selain Faizal Hussein menerusi filem berkenaan.

Selepas memuatnaik foto lama itu, Rosyam menerima pelbagai reaksi daripada peminat-peminatnya. Ternyata ramai peminat Rosyam yang masih ingat filem yang membarisi pelakon-pelakon legenda tanah air.

Foto itu juga telah mendapat perhatian ramai sehingga mempunyai 26,000 tanda suka. Memang menggamit memori filem-filem dahulu ya..

Ramai peminat Rosyam meluahkan perasaan rindu untuk menonton filem lama itu dan tidak dinafikan, filem tersebut telah mendapat tempat di hati ramai peminat-peminatnya.

Maintain je muka Dato Rosyam dari dulu sampailah sekarang, betul betul awet muda ni hehe..

Sumber: Instagram Iamrosyamnor

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!