“Ryzal tak boleh lah muka tu, jgn berniat sangat”- Netizen

Selepas beransur pulih daripada pndmik cvd 19, ramai rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan rutin harian seperti sedia kala selepas dua tahun duduk di rumah disebakan PKP. Ketika PKP berlangsung sebelum ini, ramai rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah sahaja dan tidak boleh keluar sesuka hati. Pelbagai cabaran ketika itu namun kini semuanya sudah beransur pulih.

Apabila ramai sudah mula keluar dari rumah, budaya salam-menyalam pun jarang dilakukan tanpa sedar gara-gara risau dengan cvd.

Begitulah yang cuba disampaikan oleh pasangan influencer Malaysia-Korea iaitu Ryzal dan Maryam menerusi video mereka baru-baru ini. Dalam menyampaikan sesuatu menerusi video berkenaan, sempat lagi mereka menghiburkan netizen dengan gelagat lucu mereka.

Ryzal dan Maryam sememangnya cukup dikenali dalam kalangan netizen di laman sosial media. Sebut sahaja nama mereka, ramai netizen mengenali pasangan suami isteri ini yang sentiasa bikin netizen ketawa.

Banyak video lucu mereka yang menjadi viral dan siapa sangka, cahaya mata pertama mereka iaitu Rina turut popular sama seperti ibu bapanya.

Menerusi video terbaru yang dimuatnaik Maryam di Instagram, kelihatan Maryam dan Ryzal menunjukkan situasi bersalaman budaya masyarakat Malaysia dan masyarakat Korea. Memang lucu habis melihat gelagat mereka ini.

Video mereka menjadi tumpuan netizen gara-gara tindakan selamba Ryzal ‘menget0k’ kepala isterinya.

Video lucu tersebut membuatkan ramai netizen memberi pelbagai respon menerusi ruangan komen. rata-ratanya terhibur melihat Maryam dan Ryzal.

“Weh ni lawak hahahaha, dah pendam habis dah tu ryzal, alamak aiyok tidur luar lah jawabnya”-Netizen

Di sebalik video lucu Maryam dan Ryzal ni, dapat juga kita tahu info tentang budaya masyarakat malaysia dengan korea lepas cvd ni hehe.. memang lucu lah tengok suami isteri ini.

Sumber: Instagram maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!