“Terima kasih atas doa, mummy dan baby selamat”-Mona Allen

Tarikh keramat 31 Ogos adalah tarikh bersejarah buat negara Malaysia yang telah bebas dari jajahan negara-negara luar. Setiap tanggal 31 Ogos, semua rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan dan tahun ini merupakan kemerdekaan buat kali ke-65. Selain meraikan hari kemerdekaan, tarikh bersejarah ini juga diraikan buat golongan ibu yang melahirkan cahaya mata pada 31 Ogos.

Bertuahnya anak-anak yang dilahirkan pada tarikh merdeka ini. Cukup istimewa dan bermakna. Orang kata anak merdeka hehe..

Tidak terkecuali, selebriti Mona Allen turut sama melahirkan cahaya mata sulung pada tarikh 31 Ogos pada jam 2.39 pagi tadi. Tahniah buatt Mona dan Pekin.

Mona antara selebriti yang melahirkan cahaya mata sulung pada tarikh merdeka di sebuah pusat perubatan di Puchong.

Berkongsi berita gembira di laman Instagram menerusi Instagram Story, Mona turut memberitahu beliau dan bayinya dalam keadaan selamat.

Selepas lima tahun berkahwin, Mona dan Pekin dikurniakan bayi lelaki sulung. Berita gembira tersebut turut menerima ucapan tahniah daripada rakan dan peminat.

Sebelum ini, Mona pernah berkongsi berita kehamilannya menerusi Instagram dan membuatkan peminatnya cukup teruja dengan berita gembira tersebut.

Selepas penantian selama lima tahun sejak berkahwin pada 2018, akhirnya Mona dan Pekin dikurniakan cahaya mata melalui proses untuk mendapatkan anak.

Tahniah buat Mona dan Pekin. Nampaknya lepas ni mesti sibuk uruskan anak. Semoga dipermudahkan urusan berpantang buat Mona.

Lepas ni Mona mesti dedah wajah bayi sulungnya. Tak sabar nak tengok muka ikut Mona atau Pekin hehe..

Sumber: Instagram mona.allen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!