“Safe trip, sian baba kena tinggal” – Netizen

Setiap waktu yang dihabiskan bersama keluarga tercinta pastinya merupakan waktu-waktu berharga yang dapat disimpan sebagai memori. Lebih-lebih lagi jika memori tersebut diabadikan dalam sebuah gambar dan video. Berjalannya waktu nanti, dapatlah kita lihat kembali kenangan lama dan mengenang semula detik-detik indah bersama itu. Jadi tak salah jika setiap moment bersama insan tersayang ini sentiasa diambil dan disimpan sebagai kenangan.

Keluarga kecil dari pasangan selebriti terkenal Farid Kamil dan Diana Danielle ini sering mendapat pujian. Ini kerana keharmonian hubungan keluarga mereka sangat erat meski dahulu pernah ditimpa ujian berat apabila mereka sekeluarga terpaksa berjauhan dari Farid Kamil buat seketika.

Namun, kini hubungan mereka seperti sedia kala malah lebih gembira dan bahagia. Ditambah pula dengan seri dari anak-anak yang kian membesar, canda tawa mereka sekeluarga memang sering dikongsi oleh Diana sendiri di Instagram miliknya.

Nama istimewa Muhammad dan Nur Aurora telah dipilih oleh Farid Kamil dan Diana Danielle buat kedua cahaya mata milik mereka. Kalau ibu pun sudah berwajah mat salleh dan dilahirkan di negara Amerika, pasti anak pun mendapat sedikit sebanyak wajah dari mat salleh ibunya itu.

Video kemesraan keluarga pasangan ini telah dikongsi oleh Diana di Instagramnya yang telah diambil sebelum keberangkatan mereka sekeluarga ke negara Korea. Gelagat Aurora pada akhir video tersebut telah mengundang sorotan dari peminat apabila melihat kelucuan anak perempuan pasangan itu.

Aurora turut mengatakan bahawa keberangkatan mereka ke Korea itu tanpa ketidakhadiran Farid Kamil yang dipanggil sebagai ‘Baba’. Mimik wajah Aurora yang dirakam dalam video tersebut juga sangat lucu dan ditegur oleh ramai netizen.

Video yang dikongsikan tersebut turut dikomen oleh Nabila Huda, Dynas Mokhtar dan ramai lagi yang mendoakan perjalanan Diana dan anak-anak untuk ke Korea. Mereka turut memuji kecomelan Aurora dalam video tersebut, lebih-lebih lagi apabila dia menunjukkan giginya itu.

Seronoklah Muhammad dan Aurora dapat melancong ke Korea pula kali ini walaupun tanpa baba disisi. Awal-awal lagi Farid Kamil dah ingatkan untuk tangkap banyak gambar disana dan hantarkan kepadanya.

Sumber: Instagram Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!