“Alang2 join sekali ayahnya” – Netizen

Jika sebelum ini hanya dia seorang berjaya menarik perhatian netizen, dua tiga menjak ni, kakaknya juga tak kurang menancap pandangan. Jika dibandingkan Kasih Iris Leona terlihat putih dan gebu, kakaknya Kasih Leia Exora tak kurang comelnya. Exora berjaya sekali lagi menarik perhatian netizen apabila videonya bertudung tular baru-baru ini hinggakan ramai menyangka dia sudah berhijab.

Apa pun jika lazimnya netizen hanya menonton Leona yang berTikTok, kali ini dia dan Exora termasuk bapak mereka yang pernah menjadi jejaka idaman Malaya, Azhar Sulaiman pun masuk sama.

Tak kurang netizen yang teruja dek merasakan gaya sporting Azhar itu juga terlihat ‘comel’ sebagai seorang bapak. Ya lah… daripada dua beradik itu berTikTok dengan siapa-siapa, baik dengan bapaknya kan…

“Azhar Sulaiman awet muda..”, “ayah dia ada jgk..”, “Kakak u comel”, “your father is adorable”, “Azhar Sulaiman awet muda..”, “Alang2 join sekali ayahnya…”, “Your dad is so cool”, “COMELNYA AYAH HAHAHHAHA.

Itu antara komen netizen. Ramai yang teruja melihat Azhar berTikTok bersama anak-anak daranya itu. Ya lah… bukan selalu nampak golongan bapak-bapak berTikTok dengan anak dara mereka.

Gamaknya mesti ramai menantikan bila pula mereka sekeluarga hendak berTikTok bersama termasuk dengan isteri Azhar yang juga ibu kepada Leona dan Exora, pelakon, Chempaka Emalin Pahamin.

Selain dua anak dara mereka itu, Azhar dan Chempaka Emalin mempunyai seorang lagi anak yang juga teruna bernama, Andika Rees Pahamin. Begitupun jarang juga kelihatan Rees bersama.

Untuk info, pernah Azhar berkongsi tentang anak-anaknya yang mempunyai minat berbeza. Hanya anak sulung, Ezora yang cenderung meminati bidang nyanyian.

Dua lagi adik Exora, yang juga sepasang kembar mempunyai minat lain. Anak kedua iaitu Andika Rees menyukai hoki ais, manakala adiknya, Leona lebih kepada bidang peragaan dan kecantikan.

Sebagai bapa, Azhar dikatakan tegas dengan anak-anaknya dan menyokong apa sahaja dilakukan dalam bidang masing-masing perlulah bersungguh. Patut nak berTikTok ni, dia pun ‘support’ sama…

Sumber : IG Kasih Iris Leona

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!