“Ni memang anak bapak, cara cakap sebiji Chef Wan” – Netizen

Pasti masih ramai yang mengingati pengacara perempuan yang menjadi kegemaran ramai semasa membawakan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pada ketika dahulu. Benar sekali kata pepatah melayu yang berbunyi “ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” apabila melihat bagaimana ciri-ciri dan bakat besar yang dimiliki oleh anak chef selebriti terkenal negara ini dengan bapanya.

Serina binti Redzuawan merupakan anak kepada Datuk Chef Wan yang memang terkenal dengan kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon tanah air. Walaupun terdapat beberapa gosip dan kontroversi yang melanda hubungan dua beranak ini beberapa bulan yang lalu, tetapi kini hubungan antara mereka dilihat mula membaik dan akrab seperti dahulu lagi.

Jika waktu dahulu Serina lebih sibuk mempromosikan restoran-restoran menarik dan enak di seluruh Malaysia dalam rancangan JJCM, tetapi kini Serina terlihat lebih sibuk mempromosikan restoran milik bapanya itu yang terletak di The Linc ibu kota Kuala Lumpur.

Datuk Chef Wan telah memilih namanya sebagai nama kepada restoran miliknya agar lebih sinonim dan lebih dikenali iaitu De Wan. Video promosi makanan dari restoran De Wan ini telah dimuatnaik oleh Datuk Chef Wan sendiri di laman Instagram miliknya.

Memilih menu makanan tempatan sebagai hidanagan utama di restorannya, ramai yang mengaku bahawa makanan di restoran De Wan itu memang enak dan mempunyai ciri masakan yang unik, khas dan tersendiri.

Ramai yang mengatakan bahawa Datuk Chef Wan patut berbangga dengan cara bekas pengacara rancangan JJCM itu mempromosikan menu makanan dari restorannya. Dengan hanya melihat Serina makan dalam video tersebut, ramai yang memberikan komen bahawa mereka pasti akan datang ke restoran itu jika berkesempatan dan mendapat banyak reaksi positif dari para netizen.

Bukan itu sahaja, ramai yang terliur dengan melihat keenakan makanan yang dimakan oleh Serina sehingga ada yang mengatakan jika Serina makan sekeping biskut pun pasti akan nampak menyelerakan.

Walau tidak banyak, pasti akan ada sedikit sifat dan bakat dari ibu bapa yang bakal diwarisi oleh anak-anak. Jika dilihat dari sisi kekeluargaan yang dimiliki oleh Serina dan Datuk Chef Wan ini pasti ramai yang sudah tahu dengan persamaan yang dimiliki oleh mereka berdua.

Kepetahan dan kebijaksaan dalam menyampaikan kata-kata terutama sekali dalam bidang masakan dan makanan dapat dilihat dalam diri mereka berdua ini.

Sumber: Instagram Datuk Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!