“Bunga ni definisi cantik dari lahir”-Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini semuanya comel-comel belaka. Yelah, dahla gebu, tambah pula dengan perangai mereka yang selalu saja mencuit hati kita semua. Korang semua mesti cukup kenal akan perangai mereka semua ni kan, yang tak suka kan budak-budak tu, bukan sengaja mereka tidak suka, Cuma tidak biasa dengan budak-budak.

Antara kanak-kanak kecil yang selalu saja menjadi perhatian ramai netizen adalah anak kepada pasangan Elisa Shanda dan suaminya. Anak sulung mereka yang bernama Bunga El-Haq. Rasanya semua sudah cukup mengenali si kecil yang comel ini.

Selalu saja ada dimuat naik video dan juga foto si anak kecil comel ini. Korang semua mesti sudah cukup kenal akan si comel ni kan ? Mana taknya, mesti selalu lalu di pages social media korang. Dan lalu tu, alang-alang likes lah ye.

Tiap kali foto si kecil ini muncul di pages social media, sudah tentu dapat pelbagai reaksi dari para netizen sekalian. Mesti korang pun menjadi salah seorang daripada peminat tegar si kecil ni. Tak berkelip-kelip mata ni tiap kali tengok muka si comel tu.

Kali ini, ada dimuat naik video di mana Bunga yang kini sudah pun berusia beberapa bulan, dan dibandingkan dengan Bunga yang baru saja lahir. Pejam celik pejam celik, dah besar ya si kecil yang sangat-sangat comel tu. Sedar tak sedar je.

Bak kata para netizen, Bunga adalah salah satu definisi seorang yang cantik sejak lahir lagi. Memang tak dapat dinafikan bahawa dia sangat lah cantik dari awal-awal lahir lagi. Sejak dulu hingga kini, sama sahaja raut wajah nya, sejuk mata memandang.

Rata-rata netizen sangat kagum dengan kecomelan si kecil tu tau. Siapa je tak suka tengok budak-budak yang comel kan ? Kata mereka lagi, Bunga ni ikut muka daddy dial ah. Bila diperhatikan, ye memang sama sangat dengan raut wajah daddy dia tu.

Bunga ni mukanya sangat manis dan tenang saja setiap kali kita tengok muka dia, pasti tenang dan sejuk saja mata ini memandang. Hidungnya mancung, kening nya terletak elok, kecil-kecil dah cantik, besar nanti jadi jelitawan.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini semuanya comel-comel belaka. Tidak kisahlah anak artis atau tidak, tetapi mereka semua sangat-sangat comel. Siapa je tak sukakan kanak-kanak kecil kan ? Sudah pasti semua sangat sukakan mereka.

Sumber : Ig Elisyasandhaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!