“Suka tengok Che Ani joget”- Netizen

Ibu adalah insan yang cukup istimewa dalam kehidupan anak-anak. Tanpa ibu, siapa lah kita di dunia ini. Ibu yang sudah payah melahirkan dan membesarkan anak dengan keringatnya sendiri. Sememangnya pengorbanan seorang ibu tiada ganti. Dan kita sebagai seorang anak, wajib untuk menjaga ibu ketika di waktu tua mereka satu hari nanti.

Contohilah sikap bertanggungjawab sebai seorang anak seperti selebriti chef iaitu Chef Wan yang menjaga ibunya Che Ani di waktu tua.

Meskipun Chef Wan selalu sibuk dengan rutin kerjanya, beliau tetap mengutamakan ibunya dan menjaga Che Ani dengan sebaik mungkin.

Kita semua sedia tahu, Chef Wan juga sudah berumur namun ia bukanlah penghalang buat dirinya untuk menjaga ibunya yang sudah berumur 90 tahun.

Ramai mengenali Chef Wan bukan sahaja kerana masakannya malah juga kisahnya yang menjaga ibu beliau yang tinggal bersama dengannya.

Baru-baru ini, Chef Wan berkongsi video menunjukkan gelagat ibunya menari tatkala mendengar lagu 50-an kegemarannya. Tak dinafikan, menari pun boleh menguatkan otot-otot kita tau..

Menerusi kapsyen yang ditulis Chef Wan juga, beliau menyatakan ibunya mengandungkannya ketika usia lima bulan pada tarikh bersejarah Malaysia iaitu 31 Ogos 1957.

Sementara itu, video Che Ani mencuri perhatian netizen sehingga mencapai tontonan sebanyak 148,000 tontonan.

Rata-rata netizen kagum dengan Che Ani yang masih kuat dan sihat seperti sedia kala. Mereka juga berharap agar Che Ani sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Amboi Che Ani, semangat bila dengar lagu favourite ye. Takpe janji Che Ani happy dan sihat walafiat. Suka betul tengok Chef Wan layan ibu kesayangan dia.

Sumber: Instagram chefwan58

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!