“Baik mereka kahwin, sesuai sgt”- Netizen

Hangat diperkatakan dalam kalangan netizen tentang hubungan istimewa yang terjalin antara pelakon Zara Zya dan usahawan kosmetik, Alha Alfa. Banyak foto mesra mereka tersebar di laman sosial media sehingga ramai netizen menganggap mereka berdua menjalinkan hubungan cinta bersama. Lebih jelas lagi, Alha Alfa turut sama meraikan ulangtahun kelahiran Zara pada 22 Oktober lalu sehingga menerima banyak respon positif daripada netizen.

Malah di Instagram Alha Alfa, foto mesranya bersama Zara sering dikongsi sehingga membuatkan ramai netizen berharap agar mereka disatukan.

Dan baru-baru ini, sekali lagi foto Alha bersama Zara menjadi tumpuan netizen di laman Instagram Alha.

Rata-rata netizen menzahirkan doa agar mereka berjodohan. Ramai netizen juga suka melihat hubungan baik antara Zara dan Alfa.

Namun, Zara pernah memberitahu menerusi temu bualnya bersama mStar dengan menjelaskan hubungannya bersama Alha hanya sekadar berkawan sahaja.

Zara sendiri akui, mereka sudah berkawan selama beberapa tahun sejak dulu lagi. Cuma jarang melihat gmabar mereka bersama sehinggalah baru baru ini, banyak gambar mereka bersama dikongsi di Instagram.

Dalam pada itu, foto Zara bersama Alha yang dimuatnaik di Instagram telah menerima 34,000 tanda suka dan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon daripada netizen.

Ada juga yang mengatakan muka mereka berdua mempunyai iras yang sama.

Foto mereka itu juga bertujuan mempromosikan salah sebuah produk tempatan.

Nampaknya Zara dan Alha hanya berkawan jer. Tapi apa salahnya kalau bercinta, sesuai sangat. Mereka berdua pun nampak sedondon je.

Sumber: Instagram Alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!