“Buat swaab test punnn lawoooo” – Fazura

Umum sedia maklum, pada era norma baharu kini untuk menjalani ujian swaab test khususnya bagi golongan yang diperluukan berbuat demikian. Ia sudah tentulah bagi mengesan gejala berkaitan waabak cvd sekali gus agar dapat memutuskan rantaiannya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan tak pentingkan diri sendiri, pasti penetapan itu perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat

Memang ada yang ‘berat’ memenuhinya dan tak kurang pula reda saja menjalaninya biarpun dah ‘beratus kali’ luubang hiidung menjadi ‘mngsa’ proses tersebut. Agak mencuit hati bila ramai yang berkongsi di medsos pengalaman melaluinya.

Ada yang meng’aaduh’ saakit tak terkira sampai kongsi mimik muka jadi kejang semacam, merah padam, ‘herot berot’ dengan 1,001 wajah. Ada pulak yang rileks saja. Barangkali bergantung pada penerimaan diri masing-masing.

Bagi golongan anak seni, hendak atau tak, swab test perlu juga dijalani sebagai syarat untuk memulakan penggambaran atau produksi. Antara yang melaluinya pelakon kesayangan Malaya, Fasha Sandha. Menariknya biarpun pada sesetengah rakan artis umpama serik melakukan proses itu, Fasha kelihatan tidak berdepan masalah langsung.

Lihat saja perkongsian wanita dengan nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ini. Mimiknya mukanya bersahaja saja. Gamaknya dah alah bisa tegal biasa seperti dikatakan dalam kapsyen status IG nya itu yang difahamkan katanya ia sudah dijalani untuk ‘yang ke ratus ratusan kalinya’.

Tengok… relaks je kan muka isteri kepada Aidil Aziz ini kan…. Sampaikan rakan artis yang juga aktres jelita, Nur Fazura sempat menitipkan komen yang Fasha masih lawa biarpun sedang buat swaab test. .

Ye lah, kalau orang lain ramai yang dah muka jadi senget benget, berkerut semacam menahan rasa masa calitan ke dalam lubang hidung itu dilakukan petugas kesihatan.

Pada kapsyen sama, Fasha memberitahu setiap dua minggu sekali proses itu perlu dijalaninya sebelum bertugas dalam rutinnya berkarya. Bagus Fasha, dalam ramai  yang mula nak lupakan SOP, beliau masih mengingatkan agar ‘Kita jaga kita’

Dalam pada itu, tak kurang juga dalam kalangan netizen di status dimuat naiknya itu yang memuji usaha Fasha kerana punya kesedaran untuk melindungi diri daripada cvd. Walaupun tidak dinafikan ia bukanlah jaminan 100 peratus untuk selamat, setidak-tidaknya ada usaha menjaga diri mengikut saranan kerajaan.

Sebelum ini, pernah dikhabarkan di media sosial, kononnya Fazura dan Fasha dikatakan ‘bermuusuhan’ dan tidak boleh bertemu muka. Sedangkan hanya spekulasi, mereka membuktikan tiada langsung sengketa bila dilihat bergambar berdua selepas isu itu timbul. Nampaknya hubungan Fasha dan Fazura memang baik hingga kini. Dalam komen Fazura pada statusnya itu, Fasha juga membalas mesra.

Ya hidup ini terlalu singkat. Nikmatilah ia sebaiknya. Jaga-jaga netizen… jangan macam-macam ya. Seronok bila tengok hubungan Fasha dan Fazura ini terus baik. Menggambarkan peribadi baik kedua-duanya.

Sumber : Ig Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!