“Tak nampak macam dah kawin pun, still slim dan cantik” – Netizen

‘Maalas’, ‘tak ada masa’, ‘takpe makan banyak sebab nak susukan baby’, ‘makan la selagi boleh makan…’ antara alasan diberikan golongan wanita yang tidak kisah keadaan tubuh badannya selepas berkahwin apalagi melahirkan. Apa pun tidak dinafikan, ramai saja yang berniat nak jaga body apabila melepasi dua fasa itu, malangnya hanya tinggal angan-angan.

Agak ‘sadis’ selepas berusaha keras pun keadaan tubuh tak dapat kembali ke bentuk asal. Sudahnya memori bersama figura badan yang asal atau sebelum mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata hanya tinggal kenangan yang tak dapat dilupakan.

Bersyukurlah wanita yang mempunyai anggota tubuh ramping dan helok serta masih dapat mengekalnya biarpun sudah melepasi fasa mempunyai askaar-askaar kecil ataupun sudah bersusun macam gerabak kereta api. Di kala ramai yang mengeluh susah ‘maintain’ badan, golongan ini tak langsung berdepan kekalutan itu.

Emma Maembong antara selebriti cantik lawa genit yang tidak memperlihatkan gaya hidupnya yang sering ‘workout’ untuk menjana tubuh kekal langsung seperti zaman anak dara. Namun ya… beliau agak dicemburui ramai wanita di luar sana kerana berjaya tetap kekal langsing dan menawan.

Ramai juga memberikan komen bahawa Emma yang telah melahirkan seorang anak lelaki 8 November tahun lalu ini semakin cantik dan menawan. Tak kurang memberikan maklum balas di status dimuatnaiknya dengan foto terbaharu berbaju putih di samping kasut dan tas pink yang mana beliau tak nampak seperti dah berkahwin kerana kekal slim.

Sama ada sememangnya faktor genetik atau Emma menjaga pemakanan dan gaya hidupnya, sesungguhnya ramai yang kagum beliau dapat mengekalkan susuk tubuh yang cantik seperti zaman masih solo. Tambah bergaya ya… Pakai macam mana pun cantik

Sehingga artikel ini ditulis petang ini, foto Emma yang berbaju putih menampakkan bentuk susuk tubuhnya dengan kasut dan beg tangan berwarna merah jambu yang dikongsikan beliau itu mendapat hampir 50k tanda like.

Biarpun ramai yang memberikan maklum balas tentang keputusan beliau kembali tidak berhijab seperti sebelum ini, masih tidak kurang yang tetap optimis dan menghormati keputusannya serta mendoakan Emma.

Apa pun, semoga Emma terus sihat bagi memberikan lebih banyak inspirasi kepada wanita di luar sana supaya kekal sihat dan bergaya untuk manfaat kepada diri sendiri dan keluarga. Biar dah beranak pinak seberapa ramai pun tetap cantik, sihat dan cergas dalaman dan luaran.

Kepada yang masih struggle nak badan macam Emma, jangan putus asa ya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih dan jangan hanya separuh jalan niat untuk kur0s.

Di samping berusaha kekal cantik dan bergaya untuk suami, pasanglah niat yang betul agar seiring matlamat ia akan diredai olehNya.

Sumber : Ig Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!