“Asal tengok gambar ni je, mesti teringat majalah dulu2 tu” – Shaheizy Sam

Bagi artis Malaysia yang sudah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam dunia seni, semestinya mereka sudah melalui beberapa ‘fasa peralihan’ dunia seni. Amboi, dah macam fasa peralihan pndmik cvd pulak yee, hehehe. Semasa awal tahun 2000, bidang teknologi kan masih belum terkenal. Sosial media masih belum wujud pada tahun tersebut. Jadi, kalau nak mengikuti perkembangan para artis, terpaksalah membeli senaskah majalah yang ada di pasaran.

Zaman dulu media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok masih belum wujud lagi. Memang masa tu, berlambak-lambak buku mahupun majalah dijual hampir di setiap kedai.

Setiap minggu, ada sahaja isu terbaru artis tanahair keluaran majalah tempatan. Dan yang paling menggamit memori, banyak artis yang berposing dalam kolam renang khusunya majalah mangga.

Seperti yang dikongsikan oleh Shaheizy Sam, foto yang dimuatnaik Sam itu benar-benar kelihatan seperti posing wajib para artis suatu ketika dahulu.

“Asal tgk gmbar ni je, mesti teringat majalah dulu dulu tu. Setiap artis tanahair wajib bergambar dalam pool. Yang umur bawah 30 tahun mesti tak tahu,” ujar Sam menerusi ruangan caption postingnya.

Tak tahu pula kenapa media awal tahun 2000 itu suka sangat dengan ‘elemen’ kolam renang kan Sam. Kihkihkih. Mungkin para artis kelihatan lebih menarik jika gambar yang disiarkan dalam majalah sedang berendam di dalam ‘pool’.

Walaupun foto Sam sekeluarga yang sedang bermandi manda dalam kolam renang ini baru sahaja dikongsikan pada 16 jam yang lalu, namun sudah berjaya memperolehi sebanyak 28,181 likes dan 177 komen.

Ramai netizen yang turut terhibur terhadap posting Sam ini. Masing-masing mulai mengimbau kembali aksi para artis semasa zaman majalah lagi. Selebriti terkenal Pekin juga turut terhibur dengan pernyataan Sam ini.

Nampaknya, mesti Pekin teringat kembali nostalgia lama semasa berposing dalam ‘pool’ masa muda-muda dahulu kan. Kihkihkih.

Dalam ratus-ratus followers Sam yang cerita pasal zaman silam para artis, nampaknya terselit juga individu yang sempat mengusik Sam. A’ah, Zizan la, siapa lagi. Kehkehkeh.

“Nampak beza badan masuk gym dan duduk saja,” ujar Zizan. Komen Zizan yang ringkas ini tetap mendapat sebanyak 80 likes daripada warganet.

Mesti Sam rindu masa zaman-zaman majalah dulu kan. Zaman sekarang kan dah berubah, lebih banyak media sosial yang digunakan untuk meraih populariti. Kali ini, orang biasa-biasa pun boleh jadi terkenal sama seperti artis yang penting idea yang dilontarkan cukup menarik.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Aaron Aziz dalam satu postingnya menerusi Instagram, “Once upon a time when the industry was doing great without social media interferences, tunjuk nampak keburukan orang, aib orang, dekni crai dektu kahwin.

Life so much simpler then”. Mungkin apa yang dirindui oleh para artis bukan sahaja kenangan tetapi juga ketenangan hidup tanpa viral 24 jam.

Sumber: Instagram Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang COPY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!