“Benda paling susah istiqomah, benda paling senang istirehat”- Netizen

Segala amalan baik harus dilakukan dengan beristiqamah. Tidak dinafikan, beristiqamah merupakan keutamaan dalam Islam dan bukti kesungguhan seorang hamba Allah dalam beribadah. Kadang-kalanya kita lihat ada yang beristiqamah namun hanya separuh jalan saja tetapi kita jangan sama sekali menghukum seseorang yang sudah berusaha sebaik mungkin untuk beristiqamah memandangkan ia adalah salah satu usaha mereka juga untuk berubah kepada yang lebih baik.

Melihat pada selebriti Malaysia yang ramainya sudah berhijrah, peminat-peminat mereka sentiasa mendoakan buat mereka agar sentiasa beristiqamah dalam melakukan penghijrahan. Antara selebriti Malaysia yang kini sudah berhijrah iaitu pelawak Nabil Ahmad.

Nabil dengan imej terbaru yang lebih islamik membuatkan ramai peminatnya teruja melihat penghijrahan Nabil.

Selepas Neelofa yang sudah berniqab, Nabil juga turut sama berhijrah ke arah yang lebih baik bersama dengan isterinya iaitu Zira.

Namun baru-baru ini, ramai netizen menyedari perubahan pada Nabil selepas salah satu video telah dikongsi oleh penyampai radio Suria iaitu Sharifah Shahira di Instagramnya.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, Kelihatan Nabil berseluar pendek sambil menaiki ATV bersama keluarganya dan Sheira sekeluarga. Mereka dilihat bercuti bersama di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Rata-rata netizen terkejut dengan imej Nabil berseluar pendek sehingga menampakkan auratnya. Dan ada juga sebahagian netizen menegur imej terkini Nabil di ruangan komen.

Netizen juga berpendapat, beristiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dan mendoakan yang terbaik buat Nabil.

Semoga Nabil dan Isteri terus beristiqamah, InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik buat mereka, jaangan terus menghukum ya..

Sumber: Instagram Sheiraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!