“Yang last tu bkn imaginasi dah, mmg realiti” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan doktor yang juga merupakan angkasawan pertama negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina. Pasangan suami isteri yang merupakan pasangan doktor ini amat di kagumi oleh masyarakat. Menyingkap sisi kehidupan peribadi pasangan romantis ini, Dr Sheikh dan isterinya Dr Halina telah mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010.

Pejam celik, dalam tidak sedar, mereka sebenarnya telah mendirikan rumahtangga selama hampir 12 tahun. Pasangan ini di kurniakan 6 orang anak iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Terbaru, Dr Sheikh kongsikan bahawa Dr Halina kini sedang hamil anak ke tujuh mereka dan kini di awal fasa kehamilan. Dr Sheikh juga berkongsi tarikh jangkaan kelahiran anak ke tujuhnya itu sekitar bulan Julai tahun ini.

Dr Sheikh sememangnya menginginkan untuk mempunyai anak yang ramai, oleh itu berita kehamilan isterinya cukup menggembirakan beliau sekeluarga.

Dr Sheikh kerap kali menerima soalan daripada para pengikut akaun media sosial yang terdiri dari golongan ibu bapa yang meminta Dr Sheikh berkongsi cara mendidik anak-anak di Instagram beliau.

Selain tidak lokek berkongsi pelbagai petua, nasihat dan pendapat, beliau juga telah menerbitkan sebuah buku tentang kaedah yang beliau gunakan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak beliau daripada kecil sebagai rujukan buat ibu bapa diluar sana.

Menerusi hantaran terbaru Dr Sheikh di Instagram, beliau berkongsi satu video yang memaparkan portrait ahli keluarga beliau yang di rakamkan melalui applikasi telefon bimbit.

Bagaimanapun portrait dirinya yang di rakamkan menunjukkan profession beliau sebagai seorang angkasawan. Di ruangan caption pula, Dr Sheikh berkongsi pula beberapa tips cara untuk melayani anak- anak mengikut usia mereka.

Menjengah keruangan komen, netizen berkata gambar terakhir yang memaparkan profession Dr Sheikh sebagai angkasawan sememangnya benar- benar menggambarkan dirinya.

Meskipun portrait anak Dr Sheikh yang di rakamkan di applikasi berkenaan sekadar imaginasi namun portrait Dr Sheikh berlainan kerana benar- benar menjadi reality. Berikut di kongsikan komen netizen.

Sebagai rekod, Dr Sheikh dan Dr Halina telah di kurniakan sepasang lagi pasangan kembar. Menariknya pasangan kembar kali ini adalah sepasang iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan.

Ketegasan beliau menguruskan anak- anak seramai enam orang sering menjadi inspirasi masyarakat. Ternyata bukan mudah untuk mengawal gelagat anak-anak kembar lelaki beliau yang sedang membesar. Tidak kurang juga dengan bayi kembar lelaki dan perempuan yang juga masih perlu dikawal.

Sumber: ig dr sheikh muszaphar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!