“Adik dah lapar sangat ke tu, laju baca doa” – Netizen

Kisah rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Sy4msul Yuusof kini menjadi perbualan hangat netizen ketika ini. Apatah lagi apabila baru- baru ini Sy4msul Yuusof menamatkan spekulasi hubungan beliau dengan Ira Kazar apabila telah membuat pendedahan bahawa beliau telahpun menikahi wanita yang bernama Ira Kazar itu sebagai isterinya yang kedua.

Menurut Puteri Sarah, beliau telah bersabar selama 4 tahun demi anak- anak untuk mempertahankan rumahtangga beliau dan suaminya Sy4msul Yuusof namun kini beliau tidak mampu lagi untuk berdiam diri.

Puteri Sarah telah memfailkan tindakan mahkamah dan kini sedang menunggu sebutan k3s pada bulan Mac ini. Mengenangkan masalah rumahtangga yang kini sedang di hadapi oleh pelakon jelita berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa sayu dan simpati terhadap nasib yang di lalui oleh Puteri Sarah.

Sebagai rekod, beliau menamakan zaman bujang bersama Sy4msul Yuusof pada Mac 2014. Anak sulung beliau iaitu Syaikhul Islam dilahirkan pada April 2017 manakala anak keduanya Sumayyah pula sekitar Mac 2019.

Wajah comel dan cantik anak- anak Puteri Sarah iaitu Syaikul dan Sumayyah sering menjadi perhatian Netizen. Atas permintaan para peminat yang ingin melihat gelagat Syaikul dan Sumayyah dengan lebih kerap, Puteri Sarah berusaha untuk berkongsikan aktiviti anak- anaknya di media sosial mereka buat tatapan para peminat.

Terbaru, Puteri Sarah telah memuat naik satu video yang memaparkan anak perempuannya Sumayyah telah berjaya menghafal doa makan.

Namun begitu, cara Sumayyah membaca doa makan berkenaan dengan sangat laju membuatkan Netizen terhibur. Ada netizen yang berkongsi pengalaman bahawa sudah menjadi lumrah buat kanak- kanak seusia Sumayyah sering membaca doa dengan agak laju kerana mereka menghafal doa berkenaan.

Warga maya juga mengusik dengan mengatakan Sumayyah membaca doa makan dengan laju kerana tidak sabar untuk makan.

Melihatkan gelagat Sumayyah dengan ibunya Puteri Sarah, ramai Netizen yang mendoakan kesejahteraan kanak- kanak berkenaan.

Netizen juga memuji tindakan Puteri Sarah kerana memberikan penekanan terhadap aspek pelajaran dan didikan agama buat anak- anaknya. Jom kita baca apa lagi komen netizen terhadap video tersebut.

Ramai yang geram dengan wajah comel anak- anak Puteri Sarah dan sentiasa mengintai ke ruangan Instagram kanak- kanak itu untuk melihat perkembangan terkini kedua dua adik beradik tersebut.

Terharu dengar Sumayyah dah pandai baca doa makan walaupun laju betul bacaan dia. Netizen juga mendoakan Syaikul dan Sumayyah membesar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan mampu membalas jaga ibunya setelah dewasa kelak.

Sumber: Instagram syaikulsumayyahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!