“Mama umur 50 macam gf dia, goals sgt akak ni” – Netizen

Bagi pengikut industri seni lakon tempatan sejak 90-an, sekali pandang pasti mengenali artis berkvlit sawo matang cantik manis ini. Apa tidaknya, raut wajah serta fizikalnya sama saja sejak dahulu hingga sekarang. Umpama tak berubah langsung, ramai wanita seusia pastinya mencemburui akan ketrampilan pelakon, Azah Aziz yang sudah lebih dua dekad berhijrah dari bumi Malaysia.

Untunglah adanya media sosial masa kini, apatah lagi dirinya sendiri rajin belanja dan berkongsi foto dan momen perkembangan dirinya seluarga sejak menetap di Montreal, Kanada.

Difahamkan tahun ini mereka sekeluarga akan lebih dekat dengan keluarga Azah pula apabila akan berpindah ke negara jiran iaitu Singapura. Itu dimaklumkannya beberapa bulan lalu.

Yalah sejak mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah dan lebih 25 tahun tak berlakon, mesti ramai yang merindui lakonan ibu kepada tiga cahaya mata itu di layar perak.

Rasanya kalau ada yang offer Azah berlakon pun tak ada masalah sebab dah dekat dengan negara. Menariknya tu ramai netizen yang melihat penampilan Azah tak banyak berubah sama seperti zaman anak daranya.

Tengoklah perkongsian Azah di Instagramnya ini, walaupun usianya sudah menjangkau 50 tahun, dia terlihat sama saja seperti usia pada zaman 20-an dan 30-an. Yang berubah hanya fizikal anaknya di sebelah.. dari baby sampai sekarang dah jadi jejaka.

“Mama 50 mcm gf dia, Goals sgt akak ni”, “Kak azah ni bebetul cantik & xmakan usia.”, “Kakkkk.. macammana you boleh x aging langsung?? Share please”, “B0dy klu bubah pun 1 ke 2 inchi je kan sis .. idol btul jaga bdan menten je”.

“50 thn pun mcm bkn 50, Awet muda sangat”, “Apa petua.. x tua2..”, “Masa muda je dh sksi cantik. Makin meningkat usia dia Makin mantap”, “bawa blk malaysia…kompom berebut producer nk ambik blakon…”. Itu antara komen netizen.

Tengoklah hantaran Azah ini yang membuktikan kenyataan netizen itu. Bukan sekadar ketrampilannya yang maintain, gaya s3ksi macam dulu pun sama. Tak kurang yang mahu tahu ‘rahsia’ Azah.

Terdahulu baru-baru ini Azah ada berkongsi bahawa dia hanya makan dua sudu sehari bagi mengekalkan berat badannya. Dia tak ambil sunt1kan wajah atau pi1 di3t. Sebaliknya hanya percaya dengan perlindungan wajah pada awal usia.

Sumber : IG Azah Aziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!