“Ungku punya tinggi smp bini dia bwh ketiak je”- Netizen

Bakat lakonan yang di miliki oleh pelakon berkaliber Nad Zainal dan Ungku Ismail sememangnya tidak dapat di sangkal lagi oleh para peminat drama melayu. Kedua- dua pelakon ini juga sangat menjaga kerjaya lakonan masing- masing dan kurang terlibat dengan sebarang kontr0versi mahupun g0ssip tidak berasas. Nad Zainal dan Ungku Ismail juga pandai memilih watak serta karya yang bermutu.

Kedua- dua pelakon ini di gandingkan buat kali pertama menerusi drama Cina Buta sebagai pasangan suami isteri. Keserasian mereka berdua membuatkan keduanya mengambil langkah untuk ke fasa lebih serius dalam perhubungan.

Malahan pada mulanya pasangan ini mengumumkan perkahwinan, ada segelintir peminat yang tidak menyangka keduanya telahpun bernikah dan masih menyangka mereka berdua sedang berlakon drama.

Nad Zainal mendirikan rumahtangga kali kedua pada 23 Januari 2023 dengan Ungku Ismail di M4sjid Wilayah Persekutuan dan menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

Berita perkahwinan Nad dan Ungku Ismail agak mengejutkan para peminat kedua- dua pelakon hebat ini memandangkan pasangan ini hanya mendedahkan mengenai berita perkahwinan mereka itu di instagram masing- masing hanya selepas seminggu mereka berdua di ijab kabul.

Sejak mendirikan rumahtangga pada Januari lalu, Nad jarang berkongsi foto ataupun video beliau bersama Ungku Ismail. Walaupun ramai peminat yang menantikan perkongsian Nad mengenai kisah cintanya itu, namun Nad mengambil langkah untuk tidak mendedahkan kepada umum tanpa mendapat restu suaminya.

Menurut Nad, beliau hanya akan ‘’buka mulut’ dan membuat perkongsian tersebut sekiranya di izinkan suaminya. Lebih manis sekiranya suaminya juga turut hadir bersama ketika sebarang temubual di lakukan.

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Nad Zainal, pelakon wanita berkenaan berkongsi beberapa keping foto beliau bersama suami dan rakan- rakan di sebuah restoran.

Gambar berkenaan menarik perhatian netizen dek kerana Nad seolah di ‘tenggelami’ oleh suaminya yang sangat tinggi ketika merakamkan foto tersebut.

Nad yang betubuh kecil molek serta mempunyai ketinggian 1.55 sentimeter kelihatan sangat comel apabila berdiri bersebelahan suaminya yang mempunyai ketinggian 1.85 sentimeter. Comel betul gelagat pengantin baru ni.

Menerusi ruangan komen, para peminat kedua-dua pelakon ini berkata mereka ‘merestui’ pernikahan pasangan ini. Apatah lagi peminat yang benar- benar meminati lakonan kedua mereka di dalam drama seakan teruja apabila mendapat tahu pasangan ini benar- benar telah di satukan di alam realiti. Jom baca apa komen netizen.

Nad Zainal dan Ungku Ismail merupakan pasangan pelakon yang sangat berbakat. Kedua- dua mereka juga boleh berkongsi ilmu lakonan dan memberikan tunjuk ajar serta membimbing antara satu sama lain. Semoga kerjaya lakonan kedua mereka semakin berkembang maju selepas ini.

Sumber: ig nad zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!